Tuesday, September 23, 2014

Satu Kelahiran Seorang Puteri

Antara Perlis & Pulau Pinang
Terima Kasih.
Terima kasih anak.
Terima kasih emak.
Terima kasih abang.
Terima kasih abah
Terima kasih emak-emak
Terima kasih ayah-ayah
Terima kasih.... 12 Tahun lalu. hari ini pada masa ini. kita berkejaran ke Hospital Seberang Jaya. Yang ada cuma bawa buku merah saja. Terima kasih nurse pelatih yang potong que utk saya. terus bawa saya masuk jumpa dr. Terima kasih dr kerana terus bawa saya ke Labour Room.
Dah minta nak balik ke Perlis. Kata Dr. kalau esok still tak sakit. boleh balik. malam ni stay kat sini dulu. Sambil senyum!
Dia senyum sedangkan I masa tu kelat beb....


Mahu tak kelat. Bakul baby semua ada kat Perlis nun. Takde sepasang baju baby pun di bawa. Kelat pandang Abg Sham. Acaner? Sebenarnya dari jam 10 pagi sampai 2 petang masih tak diperiksa di labour room tu. Ikut hati nak je melarikan diri. EDD kan lambat lagi. Mak abah dan adik2 yang lain masih di Hotel. Malam ni kan malam penyampaian hadiah. Mak wakil Qariah Negeri Perlis. Sepanjang petang santai atas katil. takde dah sakitnya. Siap gi ngadap misi. Merayu nak balik ke Perlis. Nak balik. Misi pun tak bagi juga. Muka seposen je jalan balik duduk di katil. Menunggu jam 4 petang. barulah adik beradik datang melawat. Semua gelak besar. Orang datang jalan-jalan, kaklong nak beranak bagai. 

Petang tu sempat kirim nak makan Pizza Hut. Malamnya mak datang bawakkan Pizza Hut. Thanks to Abang Sham. Ntah celah mana dia gi belikan set barangan baby. dengan yakinnya rasa boleh bersalin di Hospital Kangar. Sebab semua sakit2 dah hilang. Tak sakit dah.. serious. Cuma Nurse dan Dr je tak nak faham time tu. Dek kekenyangan Pizza. Ketiduran dengan amannya. awal. jam 10 dah lelap.

Tepat tengah Malam.
Tiba2 rasa senak perut sangat. terus gi toilet. Hampa. Tak pula membuang apa-apa. masa ni terdetik hati. Contraction Begin? Dok diam diam atas katil. Sorang-sorang menggelisah. ke kiri ke kanan. kejab ok kejab sakit. masa ni tak faham apa-apa sangat. dalam pkl 2.30 pagi. memang confirm sakit ni tak henti-henti. kejab2 datang balik. jalan la ke kaunter misi. Dari jauh kak misi tu ketawa kecil. Kata dia: 'rasanya anak perlis jadi orang penang dah ni.. tak boleh balik dah gaya ni'

Terus deorang check bukaan- 2 cm. Tenang-tenang kata deorang. gi balik katil. nanti lagi 2 jam datang balik atau sakit makin kerap. angguk-angguk geleng-geleng jadinya. suka pun ya tak suka pun ya. Tidur tak leh. Menikmati ja rasa serangan konstraksi. Masa ni pun dok pesan lagi- anak sampai masa keluar, ummi nak hug ni. Berat badan naik 18Kg dalam masa mengandung. Potential Big Baby. terngiang-ngiang apa yang dr cerita siang tadi. Air ketuban dah kurang. (masa perut 7bulan, ada plak insiden yang tumpah air ketuban) So air ketuban dah tinggal sikit. Baby nak membesar tak boleh sebab ruang dalam perut dah sendat. Besar mana la agaknya kamu anak...

7 Pagi
Masa ni dah high constraction. deorang tolak ke labour room. Orang lain bersalin kat bilik tirai. Anies diletakkan dalam satu bilik khas. Startlah episod di layan dengan sangat mewah. sangat baik. walau kesakitan tinggi. masih tetap senyum. Adik misi yang baikhati tanya- Kak, sakit akak tinggi ni. Akak tak sakit ke? (kan ada mesin check up yang deorang pasang kat perut) Jawab masa ni dalam senyum kelat sakit dah: Akak yang nak dia. Akak nak dia hidup. Nak peluk dia. Sungguh tak ada jeritan. Getap gigi bila sakit sebut kalimah Allah. 

2 Ptg
Sakit masih sama. Bukaan tak cukup juga. Bukan masa untuk push. ditenangkan oleh misi yang sama. Dia usap, dia urutkan, dia gosokkan. habis satu badan. lepas kiri kanan...ulang lagi. hanya llah balas jasa kamu dik. 

4 Ptg
Masa ni dah almost darurat. dengar Pakar kata. Kalau dalam masa 10 minit Anies Suzana tak give birth- Prepare for OT. Masa tu lampu lip lap pun dah dinyalakan. Nak ceacer kat sini jugakkah? dalam sakit gelabah tu sempat lagi mikir macam tu. Datang sorang Senior Nurse. Deorang berdua. Tolak Dr. Dan mereka buat prosedur Shoulder Dystocia tu. Exactly! dalam keadaan panik tu. macam semenet ja semua tu berlaku. Bila baby dah dibantu keluar. Terus dibawa ke NICU. Syukur Ya Rahman. Moga panjang hayat anak. Dan ummi start nak pejam mata. Dari diseluk untuk keluarkan uri....sampailah keluar dari labour room.
ayik kena tepuk manja ja pipi. 

Syukur akhirnya. Allah selamatkan nyawa kami berdua. Dapat senyum lagi lihat dunia. Tq abang Sham. Tq mak Tom, Mak Siah yang jadi penunggu setia kat Spital. Rupanya mak-mak mentua nilah yang gi belikan pakaian dan kelengkapan untuk cucu yang 'terjun' lahir di Pulau Pinang.

Lipat semula kenangan silam. Kita banyakkan ingat kenangan gembira. itu bantu kita untuk selalu bersyukur dan menikmati perasaan bahagia. Semua orang baik. Terima kasih atas segala-galanya.
Terima Kasih anakanda- Nur Anies Ainatul Nadihah Binti Norisham. Buat ummi bangga jadi ummi kamu selamanya. Ummi tahu, pasti abi juga sama. Sampai jumpa lagi next Siri.
Siapa tahu selepas 2 tahun Esok pula melalui aktiviti kelahiran yang sama tapi beza prosedurnya ;)

No comments:

Post a Comment