Wednesday, September 17, 2014

Diari Bulan September

Diari September
 Dari seorang Anak Perempuan Menjadi Ummiyan

12 tahun yang lalu. saat ini tengah sarat mengandungkan kakak.
Mak. kaklong mintak ampun maaf. Abah pun sama. juta-juta maaf. Bila sampai masa, masing2 akan merasakannya. Saat kecil, membesar jadi remaja. Bercinta. Dunia milik kami berdua. Indah sangat. Rasanya kalau nak suruh buatkan peta, pasti semua jalan dah kami ronda lalu berdua sama-sama.

Bila kita nikah, dapat anak pertama. semua perkara kita kongsikan dengan Suami. Dialah segala-galanya. Tak nampak sangat kasih mak dan abah. ( am sharing what happend to me). Jadi orang besar lah sangat. Bila pandang sekarang nampak sangat mak dan abah damba kasih anak selama-lamanya. Lahirkan kakak. Tergamam sejuruih. Subhanallah. Am done with Shoulder Dystocia Prosedure.

Hape benda alah tu. korang boleh goole cari kat Youtube. Macam tu exactly rapinya prosedur itu dijalankan. dalam masa 5 minit. antara hidup dan mati anak dan ibu. Selepas kakak berjaya dibantu keluar melihat dunia. xde bunyi. kakak dibawa terus ke NICU. dan ummi masih punya satu prosedur. Uri Sangkut. Bleeding pula. Tumpah darah lagi. terima kasih Dr Pelatih, Dr Perubatan dan Dr Pakar yang uruskan diri saya. tak terlupa, sorang nurse pelatih yang tolong gosokkan seluruh badan saat lalu tempoh kelahiran anak kakak ini.
24 September 2002. Jam 4.13 petang. lahir puteri pertama utk Hospital pada hari ini.

Di papan tanda luar, dah tanda pada nama- / (dah lahirkan) tapi takda siapa pun bagitau kondisi ibu dan anak. Silent untuk beberapa jam. Mesti Abi Sham sangat risau masa tu. Terima kasih Mak Siah. Mak Tom. The best jagaan Mak Mentua di Hospital Seberang Jaya. 3 hari 3 Malam la mak-mak ni berkampung di spital. Mak abah sendiri pun sama. Semua orang excited tunggu cucu sulung pertama.

Dalam Labour room. ada seorang nurse yang khas baikhati jaga dan temankan. tepuk pipi bila anies hampir terlelap. berikan minum milo. ajak bersembang. bila tanya tentang anak. DIAM. takde bunyi pun. dia cuma senyum.

Sampai masa hampir 4 jam selepas melahirkan kakak. dah stabil. syukur, tak perlu darah tambahan. keluar dan dibawa ke wad selepas bersalin. Semalaman tertanya. Macamana keadaan anak? tak ada siapa yang punya jawapan. Hanya Ibu dan Ayah boleh lawat anak dalam NICU. abi dah tengok... dan ummi too week utk lihat kakak.

25 hb September 2002
7.00 pagi.
Hati meronta nak tengok anak. Turun katil. Tumpah darah. mau nak pitam sekejab kat situ. Abi Sham pula ada kat luar. Tq kakak cleaner yang tolong papah ke toilet. tolong cucikan. banyaknya penolong Allah hantar. Siap tukar kain bagai. Melangkah perlahan-lahan ke NICU.

Jalan-jalan dan jalan. sampai berhenti depan satu baby besar. putih macam anak Jepun. Bulat. Seorang Dr lalu. Terus tanyakan dia: Where is baby of Anies Suzana. Dr tu senyum dan jawab: Just in front of U mdm.
First time nampak kakak. Dalam balang kaca. ada lampu biru, ada dua lubang ja balang tu.

dr ceritakan sejarah anak. Dr ceritakan survival anak tinggi. Paru-parunya lemah. (dia lahir umur 8 bulan)
tapi beratnya 3.59Kg. dr ceritakan prosedur utk selamatkan anak. itu ini begitu begini. Masa ni rasa lemah dan sakit terus hilang. dari lubang tu...bisik kat dia. assalamualaikum anak. cepat sihat. ummi nak peluk kuat-kuat.

kemudian. keluar wad NICU baru nampak abi Sham datang. kami jalan sama2 pegi cari Mak Tom dan Mak Siah. Ingat lagi kena berleter sebab banyak jalan. so.. baliklah ke pembaringan. Tengahari pegi lagi tengok anak kakak. This time anak dah ada dalam balang yang half tu. Dr kata, dia cepat pulih. petangnya. dia dah ada kat tempat baringan baby biasa yang lahir tak cukup bulan. tidak lagi mencemaskan. pun begitu, bahunya dipatahkan semasa nak keluarkan dia. Insaf diri. First time nampak mak. terus peluk mak dan tak lupa seumur hidup ayat ni: Sumpah Demi Allah. Kalau kaklong tahu macam ni rasanya mak lahirkan kaklong dulu. setitik airmata mak pun kaklong tak bagi jatuh. sebak sangat...

Patah Bahu.
sebab bahu baby patah, dr bagitau utk kami kena stay at least 2 minggu. erm alahai...
request tukar hospital. Dari Seberang Jaya balik ke Kangar, Perlis. Petang tu juga discaj hospital Seberang jaya. balik ke Perlis. Yea yea!

Day 3.
8.30 pagi. Kena marah pula dengan misi di Hospital kangar sebab naik welcha. Dia ingat dah sebulan bersalin. Baby kakak Chubby sangat. Sipu2 dia bila bagitau dan tunjuk surat baru melahirkan 3 hari.

Masa-masa lalu sangat indah. 9 bulan dia dah pandai bercakap dan berjalan SERENTAK.
2014
Nur Anies Ainatul Nadihah Binti Norisham. dah jadi seorang srikandi. moga membesar jadi bunga agama ya anak. Habiskan dengan Hafizah dan teruskan dengan Alimah. selepas ini jadi masturah...giatlah dalam dakwah. kamu adalah amanah Allah. Moga Allah sayang selalu anak.

24 September 2014. Teruja pula nak bawa kamu ke pejabat Pendaftaran buatkan Kad Pengenalan.
Abi mungkin sampai lewat sikit. tak apalah, Insyaallah. kita punya masa untuk raikan hari kelahiran kamu kelak.

haaa... satu pengalaman indah bila melahirkan. dari seorang anak kemudian memiliki anak. Syukur pada Allah. Hidup ini benar-benar indah.

nanti saya sambung ya... 2 tahun kemudian. kakak dapat hadiah hari lahir! Seorang adik lelaki pada 25 September 2004.


No comments:

Post a Comment