Thursday, October 16, 2014

Jelajah Mencari Sahabat

Trip Kuantan 13-15 Oktober 2014

Dalam kehidupan perlu banyak modal. Modal Duit. ini yang paling glame jadi alasan.
Hari ni nak share tentang Modal Sosial. Modal yang takde timbang tara nilainya. Bermodalkan modal ini moga jadi asbab kita ke syurga sama-sama

Pernah dengar orang sebut silaturrahim?

Mendarat di Kuantan Jam 10.30 Pagi.
Seterusnya ke tempat penginapan. Menyediakan persiapan untuk pendaftaran peserta lain dari seluruh negara. Selesai taklimat petang. kami sepasukan menjejak Kedai PoksuMoksu. Makan Sata, Udang Celup Tepung, Sotong Celup Tepung..Ikan Celup Tepung. tinggal anies ja yang tak tercelup dek tepung jadinya.

malamnya menerima kunjungan Kakak Hebat- Kak Nah, bella, yang best dapat peluk Iffah (yang macam dah slim je) dapat merasa aneka tepung talam. Siangnya kak Nah temukan dengan Ibu Azzah. Pengasas Projek Memasak D'Dapur. Superb beb...kisah inspirasi yang memang melampau. Ini bukan setakat laku keras mahupun terlajak laris. ia buatkan saya terpana. Tersentap. Kuasa Gila Memang Luarbiasa.

Sempat makan tengahari bersama. Petangnya kami bersama santai di Cafe Cahaya kaseh. Subhanallah. Memang santai seceria dunia. Terima kasih kak Noraine sediakan lempeng nyoq yang sedap. Syukur juga. dapatlah berikan kak ani jubah abaya cutting aniessuzana gitu...

Malamnya didatangi oleh Anak2 Cucu Haji Soid. Izyan dan Amnan. Deyana dan Aizad. Ukail pula merap...Deyana balik awal. Si Wa ja yang sempoi caranya...ayahnya uminya...anak kamu ni bijak. bantu dia teroka dunianya. Sampai tengah malam kami berkongsi. idea. Why? How? Macam-macam kisah kehidupan.

Esoknya hari akhir. Kak Has datang dengan Kuda Gagah. Mula episod makan di Kedai lama Tok Bak. Punggah. lepas ni macam menu wajib je kena bawa balik Masak Lemak Poyak patin dengan Paih Poyak patin....

selesai makan dating with Deyana, Mona, Kak Zu dan kak Nor. Setiap seorang punya perkembangan yang memberansangkan. kak Zu sangat ceria. Kak Nor pula dah keluarkan Stokin Wanita baru- Serious sajes untuk dibeli- Nur Nisa Collection gitu... then... Syukur Allah hantarkan Jaja dan Farah. Again n again asyik keliru 2 wanita hebat mewarna dan mencantikkan rupa manusia ni. berbaur-baur energy reading. pun gitu anies serap...best ke tak best ker...anies serap semua. moga bila lepas balik semuanya yang ada best best aja... Dan memang BEST kalau gi KUANTAN. Ukhwah berpanjangan ni buat rasa terima kasih Allah atas kurniaan.

Terkilan. Linda. Akak minta maaf. Insyaallah kita jumpa lagi ya...

Allah aturkan pertemuan yang indah. Kita semua adalah anugerah.
Hubungan ini adalah hadiah.

-nanti kita sambung story yer-

No comments:

Post a Comment