Thursday, September 26, 2013

"Hidup aku ini Ibadah, Pahala aku ada dimana-mana"

Salam ceria,
Ilmu kalau llah nak bagi dimana-mana aja kan. semalam, sampai ja diumah selepas menempuh laluan sesak kenderaan yang lain dari biasa. agaknya KUD berlangsung, rasminya dengan Pak Menteri semalam kan...maka pusu-pusu pengunjung pun nak balik jgk.

Anak kakak tengah tengok tv. crita sinetron Indonesia.
Pelakonnya tengah mengalami situasi. datang seorang budak kecil dan menasihat:


'mas kamu beriman tau tidak? masa kan kalo beriman kamu kok bersungut dengan masalah'

lalu si lelaki dewasa ini menjawab: ya pasti aku beriman. Hidup aku ibadah, pahala ada dimana2.

Kerana dialog inilah aniessuzana rasa macam terkesima pun ada. Dalam melalui siri siri kehidupan..banyaknya yang Allah sediakan ganjaran untuk setiap kita. Kena sedar kewujudan diri, dan barulah kita sedar dengan apa keperluan sebenar dan juga keinginan semata.

betullah tu kan...bila hidup jadi ibadat, pahala berganda dimana2...
ada teman dan kawan juga sahabat, boleh buat rapat-rapat bincang...mana pengetahuan dan kepakaran bolehlah bertukar. Misi yang terbesar dalam mengejar dan nak redeem pahala adalah hablunminannas dan menambah sebanyak mana mungkin nilai dalam kehidupan ramai orang di sekeliling kita. 

Wednesday, September 25, 2013

Setiap yang datang ada baiknya....

Dalam laluan hidup, ada yang datang kita suka, sangat suka...ada pula yang datang bawa airmata. kedua-duanya Pakej untuk kita lalu masa2 hadapan jika Allah panjangkan nyawa.

Akhrijatunnas minadzulumat ilannur. manusia tu keluar dari kegelapan menuju cahaya. Ilmu itu nurullah, wannurullah la yuhda lil asr. Ilmu tu pula cahaya Allah dan cahaya Allah, DIA tak bagi pada yang buat maksiat.

Hidup nak selalu terpandu. mudah ja kot kan...sebagai manusia ada kala nafsu pergi lebih dulu. perkara baik susah nak mulakan jika tak biasa. Sifat tenang bertenang dan sabar xmudah dipupuk. Insyaallah, semuanya pasti Allah bagi kita nikmati bila kolam diri dibersihkan dari masa ke semasa. hari hari der...

Apa kita fikir, apa kita rasa, apa kita cakap... apa kita buat semuanya adalah DOA. dan Powerful doa adalah...MINTA sendirik pada DIA.

Mana tempat mustajab nak doa? banyak... xleh ke Masjidil Haram dan masjid Nabi di Madinah. pergilah, rapat sama-sama fi buyutillah. Rumah-rumah Allah. kalo ladies plak? lokasi solat terbaik adalah dalam KAMARmu yang....

Fikiran yang baik2, beri rasa yang baik2, makanya reaksi tubuh juga baik2 pastinya. Semua yang baik2 dalam diri akan menarik banyak perkara yang baik kepada kita.

La tataharraku zarratan illa biiznillah. jalan menuju Allah banyak...nak guna jalan mana? sendiri PILIH.
Dua Garis Panduan yang tak luput dek zaman telah disediakan. Al-quran dan Sunah Rasulullah.

Lokasi yang menjadi tujuan ada DUA saja kot kan. Syurga or Neraka. maka buatlah pilihan. berfikir dalam setiap tindakan. Misinya MENAMBAHNILAI hidup lebih ramai orang. Hidup ni bukan utntuk dinikmati sorang2. Check back dalam diri, kenapa aku berada disini HARI ini? nak dapat banyak? kena bagi banyak2... What U give, U get back MORE. bagi satu kebaikan, DIA balas sepuluh. Mudahkan nak kumpul bekal jumpa Allah.

Moga sukses Dunia Akhirat.

----aniessuzana----

3 Perkara sahaja perlu tahu...




On to the things you need to know about before you can release your full potential
and can truly start growing:

1. The past isn't really about the past

Only once you truly realize this, you'll be able to start living in the now, experience
the full power of the now and truly start healing yourself.
"You are who and where you are because of who and where you were"
There is no such thing as the past, because there is only the present. Even troublesome
thoughts or memories you're thinking of right now about the past or the future are
happening in the present.

2. Ignoring our 'inner voice' only feeds it

You know that soft voice that is always in the back of your head? That voice that always
starts questioning things every time you try to step outside your comfort zone. That little
voice asking you "what if…?"
We tend to often ignore this voice. But its got a valid point, doesn't it?
Rather, try to accept the fact that that very inner voice is just there to protect you from
any danger. Tell your inner voice "thank you for sharing and trying to protect me" and
it'll slowly but surely fade overtime.
Can you imagine the peace of mind you'd have?

3. When judging others, you're really judging yourself

Other people are only a reflecting of your own thoughts and reality. You will only be
able to recognise a bad trait in another person if this trait is inside of you somewhere
as well. Rather, try to focus on the positive traits. What you focus on, you will grow
more of.
Even though sometimes it's hard to find.

10 tips Sihatkan Aura Diri



Salam Ceria.
Moga2 ada yang sesuai untuk anda gunakan... Lets sharing pasal Aura dan Warna. Untuk kali ni, jom kita tengok tips jaga Aura diri kita. Whossshhh.... :)



Tips 1. Bernafas
Aura adalah cahaya, aura yang suram maka cahaya di hati juga suram. Terangkanlah hati dengan amalan. Zikir, solat... Teknik mudah. Bernafas dengan betul. Ada sapa2 yang tak bernafas disini?

Tips 2: Cuci Aura diri dengan Mandian garam bukit. Ramai yang siap mandi laut dah utk bersihkan diri. Sayang, keladak di badan pun kena cuci, lumpur di hati juga perkara2 negatif perlu masa utk dihilangkan... sabar dalam beramal...Keep continue!

Tips 3: Pilih rakan. Kenal pasti nada cakap, respon dan perkataan yang keluar dari mulutnya. Sekiranya banyak yang berbau kotor, silakan berundur...

Tips 4: Kawal emosi diri- selalulah amik jalan 'bertenang'. Kemarahan hanya akan membuka ruang utk aura anda BOCOR!

Tips 5: Besarkan Aura diri dengan besarkan ruang di minda. Cemana tu? amalkan Zikir Harian. Juga Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah secara TETAP

Tips 6: Solat Awal Waktu. Bumi bertukar frekuensi setiap kali masuk waktu Solat. Setiap waktu Solat mewakili satu warna. Secara alami, sekiranya anda mengalami sakit tekak, selalulah bangun awal untuk menanti masuknya Subuh.

Tips 7: Awas dengan bayangan diri. apa yang kamu fikir mampu membesarkan dan juga mengecilkan aura. Apa kata belajar untuk mengosongkan minda :)

Tips 8: Bina Hubungan baik dengan diri sendiri- layan dan kasih le diri sendiri boh :)

Tips 9: Menggunakan scrub garam setelah mandi atau shower.

Tips 10: Minum air sekerap mungkin. Jangan lupa bismillah...air juga makhluk Allah.

Day by day...

Salam ceria. Mana mungkin kita happy sepanjang masa. Mana mungkin kita mampu bersedih sepanjang masa... setiap satu yang Allah bagi, mesti ada sebabnya. terima kasih semua, kerana hadir dalam hidup saya.

Anies Suzana punya banyak cerita nak kongsi. Kadang2 malas nak buka kitab lama, tapi tanpa kisah lama, tiada saya hari ni.

Terima kasih abiSham. semalam kakak lahir, separuh nyawa kami berdua, fight utk hidup. Alhamdulillah selamat. Hari ni 9 tahun lalu, Naufal pula. Separuh mati dibedah. Allahurabbi.

Tq mak abah, tetap sudi jaga kaklong, tq adik2...tetap selalu support kaklong. Tq kawan2...

Hidup ni indah, bila kita mula sedar, apa yang kita ada hari ini adalah satu anugerah. What past is past... Whats next- wallahua'lam... nikmati saat-saat ini. Moga Allah selalu kasih, Rasulullah juga sayang.

Saturday, September 14, 2013

Soalannya adalah WHY?

Soalannya besar... apapun ia. Terima kasih Allah. Uji tanda kasih... Duga tanda suka. maka...titipkan doa pohon bantuanNya.

Saat ini, banyaknya emosi diri, bercampur, berbaur. saya orang, saya bukan memerang. fuhhh... 
Fallahukhairu hafizon. ya..sebaik-baik penjaga. 

Friday, September 6, 2013

Alhamdulillah... hidup ni mmg indah. Semalam, joining program bacaan yasin di sekolah anak. Melihatkan anak ini... mmgnya gen y ni punya kriteria sendiri. Semuanya mudah aja dlm hidup mereka

Tuesday, September 3, 2013

Zaman Sekolah dulu-dulu.

Ingat dulu nak masuk pi Melele, kena temuduga. Pulun la xmau bagi dapat, baca quran test macam nak baca tamau baca...padehal...umuq 9 tahun dah ikut mak pi ngajaq ngaji...
Pastu maca2 test ustaz tu bagi...jawab sukahati..kena tulih jawi...time tu nak tulis bagi cepat2 habis...
Alih2 keluar Markah tinggi. maka bye bye la dari jadi Budak Milo (Atlet Sport) laa sangat....

Mak abah xbagi aktif sukan sangat, takut macam2 kecederaan katanya...hantaq pi Melele ni..Allahurabbi...tiap hari berulang balik dari kangaq- Melele.

Bas kena naik 2 kali. Kangaq ke Kodiang. Kodiang ke Melele.
Kalo dok asrama... nangis pagi petang siang malam...hahahaha... anies oh anies.

Punyalah xsuka pakai tudung labuh tu... bila masa gi Umrah. semua moment di Nadhah Hasanah macam reply.... bersihnya hati satu masa dulu, terang, tenang, mnghafal macam makan kacang...

Part blajar ngemas bilik tak boleh tahan...depa suh menyapu...i tukaq duty..i tamau sapu sampah..hihihih

Besday orang, bagi katak.. nakainya Ya Allah... tengah malam mandi dalam kolam besaq...hihihi...
Buat novel ala- Kembaq... isk...semuanya kalo dulu bentak. semua itu hari ini banyak bina asas kukuh agama dalam diri. alhamdulillah. tq mak abah. :)


Hidup ni satu Pakej

Melalui siri hidup... dari kecik. manja yang amat. dengan To' nyang la... almaklumle ana la cucu sulung, cicit sulung... ntah masa lahir2 tu semua sambut penuh teruja.

hari ni bila lihat kelaku perangai anak kakak- pergh terbayang betapa sabarnya mak dan abah didik anak sulungnya ni dulu. agaknya..mmm..ngaku jelah kan..memang sejibik.

Pagi- pagi dia bentak2... dia dah siap awal...dia memang anak yang pantas...tp sebab bg ngah yang a bit slow, tok abi yang wirid panjang...dia mula bentak2 dan nangis.

Ummi tarik dalam peluk. Ummi cium ubun-ubun... Ummi tahu apa mahu anak ummi... beberapa ayat memujuk. dan dia kesat airmata...pergi ke sekolah. cemana ummi tahu? Anak.... ummi dulu lagi nakal...

i feel like...macam tengah handle diri sendiri masa kecik2 la pulak.. :)

Petik sikit dari Ustaz....

TERAPI LUBANG HIDUNG

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY
FOR
HEADACHE & TIREDNESS)

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).
(Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .

Jika sakit kepala, cobalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.
(When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bolak-balik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga gampang sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
(When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih manjur jika diterapkan kepada orang dewasa.
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya nyeri. Kemudian saya berobat ke dokter dan beliau bercanda : "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Dokter itu tidak bicara omong kosong. Apa yang dia sampaikan didukung dengan teori dan kesaksian. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya makan obat, tetapi tidak dapat sembuh.
(I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I
took medicine but I was not cured).

Pada suatu malam. saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak sakit lagi.
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me).

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cobalah cara tersebut, sebab sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencobanya dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti makan obat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada efek sampingnya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?).

Dengan mempraktekkan terapi pernafasan ini secara benar (menarik dan mengeluarkan nafas), kondisi tubuh anda akan sangat rileks.
(Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition.

Jika ingin bunuh diri, cobalah menutup kedua lubang hidung anda ( sebelah kanan dan kiri ) dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa.
(When you are having suicide, please try to closed both of your nostril {right and left side } for about 2 hours, then you feel nothing.

hihihihi.....

Belek email- 2009- Take me as Urs Completely!

Pergh.. sakit jugak rasa bila membelek email-email lama. Inbox nak kena kosong.
Yang sakit tu, dah sembuh. dah maafkan...biarlah perkara lama-lama lalu. Yang gi membelek satu-satu tu sape suruh? kikiki- itu namanya pukul diri sendiri.

Banyak perkara, bila ada kita tak ingat sangat, kita tak sayang sangat... kalau sayang sangat sangat sayang pun, kita tak nak tunjukkan. Betullah, apa kata kamu, apa kata saya berbeza. otak kita menaksir dalam dimensi berbeda.

Takde satu perkara yang Allah bagi itu Tak Baik. Semuanya baik-baik belaka. Tak ada daya juga untuk marah2 lagi atas apa jua perkara. Anies pun buat banyak salah dengan Allah. Allah kasih serupa tu jugak...

Ermm... time suka juga layanannya berbeza, suka ketawa gumbira. kalo tak suka Allahurabbi... agaknya biarlah tak perlu berjumpa.  Hati kan bolak balik sifatnya  :)


Peringatan untuk diri- Bersaing dengan DIRI SENDIRI

Bagaimana Bersaing Dengan Diri Sendiri?

Anda sering mendengar ungkapan, "Kita hendaklah bersaing dengan diri
sendiri," dalam program atau ceramah motivasi. Selalunya bila disebut
bersaing, ia mestilah melibatkan dua pihak atau lebih. Bersaing dengan
diri sendiri pun sebenarnya melibatkan dua pihak iaitu:

1. Diri kita yang zahir.
2. Diri kita yang ideal atau juga dipanggil roh atau jiwa kita.

Diri kita yang zahir sering melahirkan tabiat dan perangai yang lemah
dan malas. Semua sifat negatif ada dalam diri kita seperti: malas,
letih, dengki, kecewa, ragu-ragu, tidak yakin, marah, malu, bimbang,
takut dan seribu satu macam perasaan negatif yang lain.

Untuk berjaya, maju, cemerlang, terbaik dan menjadi nombor satu, kita
mesti meninggalkan sifat-sifat negatif ini dengan sedaya upaya kita
dan bergerak menuju sikap idealistik seperti perfectness, bijak,
cemerlang, berjaya, sentiasa berada pada kedudukan nombor satu,
tangkas, excellent, pencapaian 100%, luar biasa dan sebagainya. Inilah
diri kita sebenar. Inilah kemampuan kita yang sepatutnya.

Jadi setiap masa kita hendaklah bersaing dengan "diri kita" yang
negatif ini untuk menjadi seorang "diri kita" yang terbaik.

Kalau kita bersaing dengan orang lain, kita akan menghadapi banyak masalah.

Masalah Bersaing Dengan Orang Lain

1. Kita akan kecewa jika kita gagal menyainginya.
2. Timbul sifat dengki dan iri hati.
3. Orang yang kita bersaing itu mungkin lebih lemah atau lebih negatif
daripada diri kita.
4. Bersaing dengan orang lain ini lambat. Kita boleh pergi lebih cepat
jika bersaing dengan diri sendiri.
5. Masa untuk bersaing sangat terhad sedangkan kita boleh bersaing
dengan diri sendiri 24 jam.
6. Orang yang kita bersaing itu jauh daripada diri kita sedangkan diri
kita adalah "orang" yang paling hampir dengan kita.
7. Setakat mengalahkan pesaing, belum menjamin kita menjadi terbaik.

Kehebatan Bersaing Dengan Diri Sendiri

1. Berlaku 24 jam termasuk ketika tidur.
2. Sasaran kita ialah ideal atau 100%.
3. Tidak memerlukan ruang, masa dan kos.
4. Menggerakkan tenaga minda sedangkan bersaing dengan orang lain
sering melibatkan tenaga fizikal.
5. Bersaing dengan diri sendiri lebih mudah untuk menduduki tempat pertama.
6. Kepuasan hati dan jiwa apabila berjaya lebih kuat daripada kepuasan
bersaing dengan orang lain.

Bagaimana Bersaing Dengan Diri Sendiri?

1. Baiki kelemahan diri.
2. Jangan buang masa.
3. Dapatkan kemahiran melalui seminar, kursus, pembacaan dan sebagainya.
4. Selalu bertanya dengan orang yang lebih tahu.
5. Sentiasa mujahadah dengan diri kita sendiri. Sasarannya ialah diri
kita akan menang.
6. Sentiasa buat yang terbaik dalam segala bidang dan skop kerja.
7. Yakin dengan diri sendiri dan bantuan Tuhan.
8. Tinggalkan semua sifat mazmumah dalam diri.
9. Berani melaksanakan langkah bijak yang kita rancang.
10. Jangan berhenti selagi belum barjaya.

Bersaing dengan diri tidak bererti anda harus memencilkan diri atau
menjadi "kera sumbang" di tengah kelompok kawan-kawan atau masyarakat.
Perhubungan dan interaksi kita dengan orang lain berjalan macam biasa.

Bila kita betul-betul bersaing dengan orang lain misalnya dalam ujian,
peperiksaan, acara gelanggang, pertandingan syarahan dan pidato,
pertandingan melukis dan sebagainya, ini sebenarnya hanya persaingan
untuk seketika untuk menentukan di mana kedudukan kita dengan orang
lain.

Apabila pertandingan atau persaingan tamat, kita akan kembali sebagai
diri kita yang asal dan proses bersaing dengan diri sendiri akan
berjalan semula 24 jam sebelum bertemu kembali dalam persaingan
gelanggang yang akan datang.

Kalau anda sudah bersaing dengan diri anda 24 jam, maka dalam
persaingan dengan orang lain anda akan meningkatkan kedudukan dan diri
anda hingga anda akan berjaya mendapat kedudukan nombor satu!

Selamat bersaing dengan diri anda sendiri.

Penghulu Istighfar.

SAYYIDUL ISTIGHFAR

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي, لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ, خَلَقْتَنِي, وَأَنَا عَبْدُكَ, وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اِسْتَطَعْتُ, أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ, أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ, وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي, فَاغْفِرْ لِي; فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ اَلذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

(Allahumma Anta Robbi, Laa Ilaaha Illa Anta, Kholaqtani wa ana abduKa, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, Audzubika min syarri maa shona’tu, Abu’u laka bi ni’matiKa ‘alaiyya wa abu’u laKa bidzanbi faghfirlii fainnahu laa yaghfiru dzunuuba illa Anta )

”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau, Engkau yang menciptakanku sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu (yaitu selalu menjalankan perjanjian-Mu untuk beriman dan ikhlas dalam menjalankan amal ketaatan kepada-Mu) dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang boleh mengampuni segala dosa kecuali Engkau”

Obses dengan bidadari syurga- Satu Persaingan rahsia dunia wanita

Antara artikel awal yang buat Anies suka mencari perihal Bidadari.
 HAPPY READING...
Artikel ini sekadar menunjukkan cebisan-cebisan jejak Bidadari Dunia yang telah menembusi syurga. Semoga wanita-wanita yang masih hidup kini terasa mulia, dan ingin menjadi seperti mereka.
Kerana saya, seorang Adam nyata bahagia melihat bidadari-bidadari dunia.
Hawwa di sisi Adam.
Saya suka menggunakan cerita ini untuk menunjukkan betapa ‘mahal’nya seorang wanita.
Adam itu diciptakan di dalam syurga, yang segala-galanya sempurna. Tetapi nyata, kesempurnaan syurga itu tidak mampu mengisi jiwanya. Terasa dia sunyi dan sepi, hinggalah akhirnya diwujudkan buatnya Hawwa.
Mahalnya wanita adalah seperti syurga. Itu pada saya. Sebab itu ada lelaki, mereka fikir bila dapat wanita, mereka dapat segalanya. Sebab itu ada lelaki, sanggup gadai segala benda hanya untuk dapatkan seorang wanita.
Hawwa mengisi kekosongan jiwa Adam yang berada di Syurga. Hawwa itu jugalah yang menemani Adam saat menempuh kehidupan yang sukar di dunia. Tanpa kita lupa, Hawwa jugalah antara sebab mengapa mereka diturunkan ke dunia.
Pada permulaan sejarah manusia, perempuan wujud sebagai pelengkap. Wanita tidak menjadi ‘pemula’ sebagaimana Adam. Tetapi nyata Hawwa adalah ‘pelengkap’ yang diperlukan oleh seorang pemula.
Tidakkah wanita hari ini belajar daripada Hawwa?
Dari situ jelas terserlah intipati utama mengapa perempuan itu dicipta.
Adam memerlukan Hawwanya!
Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah. Di tengah perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas. Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman-temannya.
"Dari mana anda?" tanya Abu Sulaiman
"Saya dari Iraq" jawabnya
"Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan?"
"Boleh."
Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Makkah.sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Qur'an dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat.Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat, zikir dan munajat kepada Allah.

Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti-henti. Begitulah kebiasan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah.Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum.

Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing-masing sebuk dengan urusan mereka.begitu juga dengan pemuda salih itu akan berpisah dengan Abu Sulaiman.namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinnannya:
"Wahai anakku, aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih.Apakah yang mendorong engkau berbuat demelian ?" tanya Abu Sulaiman
"Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini. Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan-bangunan Syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari-bidadari yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya. Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata: "Wahai pemuda! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku. Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku." Setelah itu aku pun terjaga.
Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik.dan mimpi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh-sungguh tidak kenal letih dalam beribadat kepada Allah. Kerana barang siapa yang bersungguh-sungguh maka dia  pasti memperolehi manfaatnya. Setelah mendengar kisah tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendo'akan untuk dirinya. Kemudian dia pun pergi.

Sahabat yang dirahmati Allah, Allah SWT secara jelas menceritakan di dalam al-Qur'an bahawa balasan untuk orang-orang yang bertaqwa adalah balasan Syurga seluas langit dan bumi di hari akhirat nanti. Kenikmatan di dalam Syurga yang banyak di gambarkan di dalam al-Qur'an adalah kecantikan dan keindahan para bidadari. Bidadari yang akan menjadi isteri-isteri orang-orang Mukmin di Syurga nanti. Dibawah ini saya sertakan juga beberapa sifat-sifat bidadari yang diceritakan didalam al-Qur'an.
1. "Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik." (Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)
2. "Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya." (Qs. Shaad [38]: 52)
3. "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)
4. "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58)
5. "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)
6. "(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72)
7. "Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 74)
8. "Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76)
9. "mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Qs. Ath-Thuur [52]: 20)
10. "Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)
11. "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37)
12. Gambaran bidadari dalam Hadis Ath-Thabarany menuturkan, dari Ummu Salamah Radhiallahuanha, dia berkata, “Saya berkata,”Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.”
Baginda menjawab,”Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”
Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “˜Laksana mutiara yang tersimpan baik.”(Surah Al-Waqi'ah: 23)
Baginda menjawab,”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”
Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, “˜Di dalam Syurga-syurga ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahmaan: 70)
Baginda menjawab,”Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.”
Saya berkata lagi,”Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Surah Ash-Shaaffaat: 49)
Baginda menjawab,”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit bagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.”
Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah, “˜Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al-Waaqi'ah: 37)
Baginda menjawab,”Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi dan umurnya sebaya.” ................(hingga akhir hadis).
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Setiap lelaki yang masuk Syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk Syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di Syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Firman Allah SWT maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah s.w.t.. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."

"Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka."

"Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya."

Monday, September 2, 2013


Dah kena curi...
Day 1. Anies dapat friend request... Approved.
Day 2. Anies dapat priate message. Start SMS & Call
Day 3. Anies berhubung. Jumpa
Day 4. Anies gelabah juga bila dia takda rupanya
Day 5. Connected. Banyak luka le pulak
Day 6. Ingat nak run away.... still connecting..

Mudahkan Ya Allah :)