Monday, December 30, 2013

Titi- titi Bahagia

Assalamualaikum. Apa yang best hari ini? apa yang boleh kita lafazkan kesyukuran hari ini?

Terlalu banyak yang kita minta. Mungkin Allah tak bagi semua lagi pada kita. pun begitu.. cer pejam mata...bayangkan kalau Allah xizin celik selamanya. tidaklah kita boleh menikmati segala yang manis ada dalam dunia...

Masalah, ujian...tak pernah tidak ada untuk setiap kita. Setiap kita pasti di uji. Allah uji itu tanda dah ready. kalo beban sekilo tak diberiNya kita Se TAN bebanan untuk dipikul. Dialah Yang Maha Kasih lagi Penyayang.

Yang berat bila kita merasakan kita mampu melakukan segalanya. Balik pada DIA. DIA ada kan...serah semua urusan kepada Yang Maha Menguruskan. Mohon DIA permudahkan semua urusan. Tidak ada daya, tidak ada kekuatan melainkan dengan izinNya.


Sabar dan tenangkanlah diri...

Monday, December 16, 2013

Hikmah- Hidup dengan memandang Hikmah

Assalamualaikum.

Syukur Rahmat Allah.
Disusunnya satu satu kejadian dalam laluan kehidupan.
Memang banyak cerita. Dari kelam sekelam dunia. sehinggalah seterang sirna cahaya.
Ada banyak airmata. ketawa gembira.

Semuanya indah. Ada perkara... mudah dipinta...mudah kita berikan. pun begitu tetap tak mudah hati lupakan.Ya...kita memang namanya manusia. pun gitu, demi kesihatan diri sendiri belajarlah memahami erti sebenar THE POWER of FORGIVING.

Seberat manapun timbangan kesalahan. Biarlah Allah yang jatuhkan hukuman. Biarlah.... belajarlah wahai diri. Untuk memberikan sebenar-benar kemaafan.

Setiap sesuatu melukakan itu, ada Allah titipkan tawa. Pandanglah dengan hikmah.
Pasti ada baiknya. Sebenarnya itu memang yang terbaik. Tetap tenang dan melangkahlah penuh gaya berjaya. langkah maju tuju cahaya.

Maafkan. Maafkan. Maafkan. Maafkan sesiapa sahaja. Maafkanlah....