Friday, December 14, 2012

Bila kita BESAR, situasi jadi KECIK je

Pagi ni, masa minum pagi tadi Anies di tingkat 6, nampak manusia kat bawah kecik je. Wahhh... macam mainan replika bangunan. tetiba hati bisik. rupanya inilah yang dimaksudkan bila ada situasi- kita perlu BESAR dari situasi supaya kita mampu MENGURUSKANnya sebaiknya.

Semua jalan, bila sampai di round about..kena buat pilihan, samada untuk terus berpusing dalam lingkaran yang sama. atau pilih susur keluar. Hai sahabat semua...esok sambung lagi ya ;)

Monday, November 26, 2012

Tuesday, November 13, 2012

percutian menarik ke genting!

Terasa keterujaan tadi bila anak2 riang gembira. Riuh rendah awal pagi... Utk siap cepat. Misi ke Genting sgt dinantikan oleh mereka semua. Mula plan nak naik bas je. Kerana bas lambat kami pi naik keta leer. Part achik excited masa que, alih2 dah sampai depan kabel car tu kaku takut nak naik mmg haru. Hadoyyai!

Monday, November 12, 2012

masa utk keluarga. hati tak tenang sangat. mungkin saja pasai serotonin kurang dlm badan. few part of job dah selesai. outlook 2013. go to the next level. apapun jom nyejukkan panas badan kat Genting dulu!



Wah! Hidup yang penuh mengujakan. Kadang-kadang macam rojak dah jadiknya. Semalam balik borak2 dengan anak kakak. Syukur dia sangat memahami. Yang paling best dapat makan Tomyam sama2. pastu mikir bab susun atur dewan pagi tadi. wewwit... mujuq la Allah kurniakan kudrat, para sahabat, semua sangat membantu. maka dewan tersusun indah. Just like we planned too. Alkisah, last minute Hall masih macam gayat je orang nak datang. Maka instantly, para sahabat juga membantu menarik semula kerusi belakang. mujuqla semua peserta sangat memahami juga. elok ja siap emCee umumkan ketibaan.. wa mengah beb . hihihi. Program Opis DONE :)

Wednesday, October 31, 2012

Anak Soleh vs anak Tholeh

Ke mana akhirnya pendidikan untuk anak- anak kita?

Suka Anies nak bawa satu kisah, kisah ni Anies dengar lama dulu. tetapi hari ini Anies didengarkan semula kisah ni. Anies tak pandai nak cerita. Kisah sebuah keluarga. Keluarga yang hebat. Anak ini mendapat pendidikan yang hebat, sekolah menengah hinggalah ke Universiti luar negara. Anak ini mendapat kerjaya yang baik. Dia berjaya bina keluarganya sendiri. Maka dah bertukar la status. Kini dia ketua keluarga, punya anak juga.
Anaknya juga hebat hebat pendidikannya. Anak yang berjaya dalam hidup masing2. Satu hari si ayah meninggal dunia. Di sebuah Hospital. Si anak terpandangkan IKLAN PENGURUSAN JENAZAH yang ditawarkan. Si anak pun menelifon Pegawai Berkenaan. Bertanyakan tentang Perkhidmatan Pengurusan yang ditawarkan. Maka- Setelah berbincang, baru si anak tahu yang terdapat beberapa pakej menguruskan jenazah ini.
Pakej Pertama- Pengurusan Jenazah- mandikan dan uruskan sampai ke kuburan, siap Talkin.
maknanya, ahli keluarga perlu ke kuburan sahaja. PENGURUSAN JENAZAH LENGKAP BERMULA DARI HOSPITAL HINGGA SELESAI:- HANYA $1300.00- ini pakej biasa biasa saja.
 Pengurus Jenazah yang Bertauliah dan Berpengalaman
PENGURUS JENAZAH BERTAULIAH


2. Khidmat  Pendaftaran Lubang Kubur
3.   Perkakas Mandian Jenazah yang Lengkap (Perkakas khas untuk memandikan jenazah siap dengan hos paip air yang disalurkan terus ke bilik tandas)
4.    Kain kafan putih,  minyak attar, serbuk pacai, sabun mandi wangi, kapur barus, air mawar dan lain – lain keperluan yang lengkap untuk persiapan jenazah di bekalkan.
5.    Khidmat  Imam Talkin yang Bertauliah
6.    Khidmat   Jurumandi yang Bertauliah dan Berpengalaman
7.   Menyediakan Bas berhawa dingin 40 penumpang yang selesa
8.   Minuman Air Botol Mineral
9.   Rumput karpet bermutu tinggi, Papan Nama dan Batu Nisan
10. Menyediakan khidmat panggilan doktor 24 jam jika perlu


Itu contoh Pakej la.

Pakej Kedua: Siap ada kenduri arwah di Masjid untuk 3 hari : RM 3000.00
Pakej istimewa: Semua di atas- Termasuk Kenduri dan Tahlil 40 Hari : RM 5000.00

Anak ini pun hebat orangnya. Ayahnya juga Hebat orangnya. Mestilah amik Pakej yang Paling Baik. Kannnnn

So malamnya- sedara mara dah tahu tentang ketiadaan arwah ni, datanglah kerumah untuk ziarah.
Masa tu si anak dan ahli keluarganya tengah menonton Rancangan ala-alal AF la gayanya.

Maka bertanyalah sedara ni, kata ayah kamu meninggal?
Jawab si anak: Aah ya.
Saudaranya bertanya lagi: habis mana jenazahnya?
Anak: semua dah diuruskan. Dah contract kepada Ustaz. kami dah amik Pakej Pengurusan Jenazah yang lengkap untuk ayah. Esok cuma tunggu di kubur sahaja.
Saudaranya terpinga.. terkedu...terdiam seketika.

Cukuplah sampai sini cerita tu. Fikirkan la sendiri.....

kalo korang agak2 esok bertahun akan datang macamana? Kita nak didik anak2 kita hari ni, untuk maju dan berjaya dalam hidup. Semuanya nak Terbaik. Boleh juga, amikla Pakej Terbaik. Alangkah indahnya pengurusan jenazah Anies ini nanti- diuruskan sepenuhnya oleh anak-anak dan ahli keluargaku. amin

Tuesday, October 30, 2012

setiap hari pasti...

Kisah hati lagi. lamanya tinggalkan blog ni. kadang kadang rasa teruja sangat dengan kehidupan. kadang2 tak sabar nak tunggu apa lagi yang Allah nak bagi. 2 hari lepas genap umur 32. wah! mendapat hadiah yang paling berharga untuk diri-  I got Myself back. sorot hidup kebelakang lagi.. sambut raya dalam suasana yang agak sebak. bila anak protes keputusan yang kami buat bersama. then, menjadi tetamu Allah, belum masuk bab acik sakit terus admit wad seminggu. semua perkara anies fikirkan. alih2 anies sesat je rasanya dalam laluan yang ada ni. Hati minta pada Allah, berikan bimbingan, berikan hidayah, berikan anies firasat..loronglah anies dengan segala kekuatan yang ada. moga saja kejayaan, kebahagian, kesihatan, kekayaan dunia akhirat milik anies suzana seisi famly.

Wednesday, January 18, 2012



phewww.... sometimes it lasts in Love..but sometimes it hurts instead...

Milo Ais!

salam Ceria...i wish nothing but the best for U too... i'll always remembered the joy... kisahnya Milo Ais...masa kecik2 dulu..sapa pernah kena marah sebab meratah Milo? sapa pernah nangis sebab tak dapat minum Milo? masa tu dapat minum MIlo rasa dah bagus... selain teh dan kopi...Milo pilihan ramai... betul kan... Nak Kuat dan Sihat minum Milo- kat sekolah ada Budak Milo...
biasanya yang terer sukan...

Hari ni... bila I nak belanja...kawan2 cakap: Milo Ais ajeee? ya...Milo Ais aje..sebab Milo Ais banyak kenangan..banyak kisah gembira..Milo Ais banyak menggembirakan... Milo Ais ada di mana2...

Ceria Gembira selalu...