Monday, October 28, 2013

Apa sebab untuk bercinta?



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. 

Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
         menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
       abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
         abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
        saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
        lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
        puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? 

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. 

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Monday, October 21, 2013

Aura dan Warna



Assalamualaikum. 

Menulis tentang warna akan buat saya teruja. Sihat secara alami. Itu pilihan saya. dan rupanya...makin lama...semua aktiviti yang saya lakukan...pemilihan warna juga mampu membantu memberi lebih kesan. Dari tahu sorang2 baik kita berjamaah... ini saya kongsikan untuk anda. Pilihan Warna Mengikut Situasi. Terima kasih bertamu di sini.


WARNA

SITUASI

Merah

Melakukan Aktiviti Lasak, Pekerjaan yang memerlukan kekuatan fizikal, Pertandingan Olahraga dan Sukan

Oren

Memerlukan lebih kreativiti dalam mencari penyelesaian, kreativiti dalam menjalankan aktiviti pemasaran. Juga kreatif dan inovatif dalam membuat tindakan

Kuning

Perlukan kekuatan dan keberanian diri. Juga sekiranya ingin membangkitkan keterujaan dan keceriaan

Hijau

Memerlukan ketenangan diri,  ingin berdamai dan juga keberanian memulakan langkah untuk membina hubungan baru.
Biru
Menjadi Jurucakap, Penceramah, Pembentang, semua urusan untuk lebih yakin diri dalam percakapan dan pertuturan

Indigo

Perlukan lebih banyak idea dalam visualisasi, sessi refleksi diri, ingin membina gerak hati atau kekuatan dalaman diri
Ungu
Perlukan lebih ketenangan fikiran, stress dalam menyelesaikan urusan dan tugasan. Juga sekiranya anda memerlukan ruang pemikiran yang tidak terbatas.

Thursday, October 10, 2013

ini tentang Qanaah...

Jom kita selusuri ma makna Qanaah sama-sama. terima kasih http://calipso-tasaufmoden.blogspot.com.

-------
Qanaah ialah menerima dengan cukup.

Qanaah itu mengandung lima perkara:

  1. Menerima dengan rela akan apa yang ada.
  2. Memohonkan kepada Tuhan tambahan yang pantas, dan berusaha.
  3. Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan.
  4. Bertawakal kepada Tuhan.
  5. Tidak tertarik oleh tipu daya dunia.

Itulah yang dinamai Qanaah, dan itulah kekayaan yang sebenarnya.

Rasulullah saw bersabda:

"Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta,, kekayaan ialah kekayaan jiwa".

Ertinya: Diri yang kenyang dengan apa yang ada, tidak terlalu haloba dan cemburu, bukan orang yang meminta lebih terus terusan. Kerana kalau masih meminta tambah, tandanya masih miskin.

Rasulullah saw bersabda juga:

Ertinya:

"Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan pura (simpanan) yang tidak akan lenyap". (HR. Thabarai dari Jabir).

Orang yang mempunyai sifat qanaah telah memagar hartanya sekadar apa yang dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.

Barangsiapa yang telah beroleh rezeki, dan telah dapat yang akan dimakan sesuap pagi sesuap petang, hendaklah tenangkan hati, jangan merasa ragu dan sepi. Tuan tidak dilarang bekerja mencari penghasilan, tidak disuruh berpangku tangan dan malas lantaran harta telah ada, kerana yang demikian bukan qanaah, yang demikian adalah kemalasan. Bekerjalah, kerana manusia dikirim ke dunia buat bekerja, tetapi tenangkan hati, yakinlah bahawa di dalam pekerjaan itu ada kalah dan menang. Jadi tuan bekerja lantaran memandang harta yang telah ada belum mencukupi, tetapi bekerja lantaran orang hidup tak boleh menganggur.

Hal ini kerap menerbitkan salah sangka dalam kalangan mereka yang tidak faha rahsia agama. Mereka lemparkan kepada agama suatu tuduhan, bahawa agama memundurkan hati bergerak. Agama membawa manusia malas, sebab dia sentiasa mengajak umatnya membenci dunia, terima saja apa yang ada, terima saja takdir, jangan berikhtiar melepaskan diri. Sebab itu, bangsa yang tidak beragama beroleh kekayaan, bangsa yang zuhud terlempar kepada kemiskinan katanya!

Tuduhan demikian terbit lantaran salah perasangka pemeluk agama sendiri. Mereka sangka bahawa yang bernama qanaah ialah menerima saja apa yang ada, sehingga mereka tidak berikhtiar lagi. Mereka namai taqwa orang yang hanya karam dalam mihrab. Mereka katakan soleh orang yang menjunjung serban besar, tetapi tidak memperdulikan gerak geri dunia. Mengatur hidup, mengatur kepandaian, ilmu dunia, semuanya mereka sangka tidak boleh dilarang agama! Sebab kesalahan persangkaan pemeluk agama itu, salah pulalah persangkaan orang yang tidak terdidik dengan agama, bukan kepada pemeluk agama yang salah pasang itu, tetapi salah sangka kepada agama sendiri.

Intisari pelajaran agama ialah menyuruh qanaah itu, qanaah hati, bukan qanaah ikhtiar. Sebab itu terdapatlah dalam masa sahabat-sahabat Rasulullah saw, orang kaya-kaya, berwang, berharta berbilion, beruma sewa, berunta banyak, memperniagakan harta benda keluar negara, dan mereka qanaah juga. Faedah qanaah amat besar di waktu harta itu terbang dengan tiba-tiba.

Sri baginda ratu Belanda Wilhelmina seorang ratu yang masyhur mempunyai pendirian qanaah ini. Puteri Yuliana, disuruh mempelajari segala macam kepandaian yang perlu untuk menjaga hidup sehari-hari, disuruh belajar menjahit, memasak, menyulam dan lain-lain. Ketika ditanyai orang kepada baginda apa maksud yang demiian, baginda menjawab kira-kira demikian.

"Tipu daya dunia tak dapat dipercayai, ini hari kita dipujuknya, besok mana tahu kita diperdayakannya, sebab itu kita tak boleh harap dengan yang ada, dan tak boleh cemas menempuh apa yang akan terjadi".

"Tipu daya dunia tak dapat dipercayai, ini hari kita dipujuknya, besok mana tahu kita diperdayakannya, sebab itu kita tak boleh harap dengan yang ada, dan tak boleh cemas menempu apa yang akan terjadi".

Inilah pendirian yang sepantasnya bagi seorang raja, terutama di zaman demokrasi, kerani nasib tidak dapat ditentukan, berapa banyak raja yang lebih besar dari Ratu Wilhelmina, dan Yuliana terpaksa meninggalkan singgahsananya. Pelajari hidup bersakit, kerana nikmat tidaklah kekal.

Maksud qanaah itu amatlah luasnya. Menyuruh percaya yang betul-betul akan adanya kekuasaan yang melebihi kekuasaan manusia, menyuruh sabar menerima ketentuan Ilahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri, dan bersyukur jika dipinjamiNya nikmat, sebab entah terbang pula nikmat itu kelak. Dalam hal yang demikian disuruh bekerja, kewajipan belum berakhir. Kita bekerja bukan lantaran meminta tambahan yang telah ada dan tak merasa cukup pada apa yang dalam tangan, tetapi kita bekerja, sebab orang hidup mesti bekerja.

Itulah maksud qanaah.

Nyatalah salah persangkaan orang yang mengatakan qanaah ini melemahkan hati, memalaskan fikiran, mengajak berpangku tangan. Tetapi qanaah adalah modal yang paling teguh untuk menghadapi penghidupan, menimbulkan kesungguhan hidup yang betul-betul (enerti) mencari rezeki. Jangan takut dan gentar, jangan ragu-ragu dan syak, mantapkan fikiran, teguhkan hati, bertawakal kepada Tuhan, mengharapkan pertolonganNya, serta tidak merasa kesal jika ada keinginan yang tidak berhasil, atau yang dicari tidak dapat.

Kenapa kita ragu-ragu, padahal semuanya sudah tertulis lebih dahulu pada azal, menurut jalan sebab dan musabab.

Ada orang yang putus asa dan membuat bermacam-macam 'boleh jadi' terhadap Tuhan. Dan berkata:

"Boleh jadi saya telah ditentukan bernasib buruk, apa guna saya berikhtiar lagi. Boleh jadi saya telah ditentukan masuk neraka, apa guna saya bersembahyang".

Ini namanya syu'uahan, jahat sangka dengan Tuhan, bukan husnus zhan, baik sangka. Lebih baik merdekakan fikiran diri dari syu'uzhan itu. Faham demikian tidak berasal dari pelajaran agama, tetapi dari pelajaran falsafah yang timbul setalah ulama-ulama Islam bertengkar-tengkar tentang takdir, tentang azali, tentang qadha dan qadar.

Tak mungkin Allah akan begitu kejam, menentukan saja seorang mesti masuk neraka, padahal dia mengikut perintah Allah?

Kembali kepada qanaah tadi, maka yang sebaik-baiknya ubat buat menghindarkan segala keraguan dalam hidup, ialah berikhtiar an percaya kepada takdir. Hingga apa pun bahaya yang datang kita tidak syak dan ragu Kita tidak lupa ketika untung, dan tidak cemas ketika rugi. Siapa yang tidak berperasaan qanaah, ertiya dia tak percaya takdir, tak sabar, tak tawakal. Mesti tak dapat dia tak percaya takdir, tak sabar, tak tawakal. Mesti tak dapat tidak, fikirannya kacau, lekas marah,penyusah, dan bilamana tidak, fikirannya kacau, lekas marah, penyusah,dan bilamana beruntung lekas pembangga. Dia lari dari yang ditakutiya, tetapi yang ditakuti itu berdiri di muka pintu, sebagaimana orang yang takut mengingat-ingat, barang yang diingat-ingat, kian dicubanya melupakan teringat itu, kian teguh dia berdiri di ruang matanya.

Ini semuanya tidak terjadi pada orang beriman yang redha menerima apa yang tertentu dalam azal. Meskipun susah atau senang, miskin atau kaya, semua hanya pada pandangan orang luar. Sebab dia sendiri adalah nikmat, dan kekayaan dalam perbendaharaan yang tiada ternilai harganya, 'pada lahirnya azab, pada batinnya rahmat'. Jika ditimpa susah, dia senang sebab dapat mengingat kelemahan dirinya dan kekuatan Tuhannya, jika dihujani rahmat, dia senang pula, sebab dapat bersyukur.

Qanaah, adalah tiang kekayaan yang sejati. Gelisah adalah kemiskinan yang sebenarnya. Tidak dapatlah disamakan lurah dengan bukit, tenang dengan gelisah, kesusahan dan kesukaan, kemenangan dan kekalahan, putus asa dan cita-cita. Tak dapat disamakan orang yang sukses dengan orang yang muflis.

Keadaan-keadaan yang terpuji itu terletak pada qanaah, dan semua yang tercela ini terletak pada gelisah.



Friday, October 4, 2013

Apa ada dengan warna Hijo AURA kita?

Setiap warna Warna Bangkitkan Aura Diri tersendiri yang mampu menyerlahkan Aura si pemakai. Selama ini,ramai yang memilih warna mengikut personaliti diri atau kesesuaian kulit. 

Apa kata kali ini kita bangkitkan Warna Aura Diri dengan pilihan warna mengikut hari. Nanti anda boleh komen apakah yang anda rasa selepas mencubanya...



Today is Friday kan...
Jumaat = Hijau untuk Ketenangan
Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan, ia mampu memberi pengisian untuk diri kita Pilihan pakaian Warna Hijau pada hari Jumaat membantu kita untuk lebih tenang sepanjang hari.
Setiap hari Jumaat, ramai orang berkumpul di Masjid kan...bersesak-sesak...tapi tak pernah pula ada yang sampai kena sesak nafas sebab ramai sangat.  
Prof Dr Norhisham Wahab- Colour Vibration Therapy berkongsi fakta ini:
Jumaat
Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru
 
Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).
 
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.
 
Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.
 
Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung) dan respirasi (Paru-paru) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini



Wednesday, October 2, 2013

Siapa kita? kisah Karot, Telur dan Kopi.

Lisa mengadu kepada neneknya...hidupnya ini penuh dengan liku laluan dan kesukaran Terkadang dia hampir putus asa, tak tahu apa lagi yang ingin dibuat.semua perkara-perkara yang datang begitu sukar untuk dia. Dia tidak tahu bagaimana untuk melalui hidupnya lagi. selepas satu- satu dan satu lagi situasi datang dalam kehidupannya.
Neneknya membawa Lisa ke dapur. Beliau diisi tiga periuk dengan air dan memanaskannya dengan api yang kuat. Tak lama selepas itu, air pun mendidih..  


Dalam periuk pertama dia meletakkan karot merah, 
Dalam periuk kedua dia masukkan telur, 
Dalam periuk yang terakhir dia diletakkan biji kopi tanah.  

Si nenek kemudiannya membiarkan ketiga-tiga periuk merebus karet, telur dan kopi tersebut untuk 20 minit.. Dalam kira-kira dua puluh minit dia dimatikan api dapur .

Si Nenek keluarkan karot dan letakkan dalam pinggan.
keluarkan telur letakkan dalam pinggan juga.
Si nenek tuangkan kopi dalam mangkuk.
Beralih kepada cucunya , dia bertanya, " Beritahu nenek apa yang Lisa lihat ."
"Karot, Telur dan Kopi, " jawabnya. Neneknya membawa dia lebih dekat dan meminta beliau untuk merasai karot.  


'Karot ini jadi lembik'. 

Cuba kamu lihat telur?  Selepas mengupasnya, Lisa bagitahu Si Nenek, telur rebus dah keras. Akhirnya, Nenek minta Lisa untuk menghirup kopi. Lisa tersenyum kerana dia dapat merasai dan menikmati aroma yang bagus dari kopi tadi

"Apa maknanya , nenek ?" Tanya Lisa.
Si Nenek pun bagitahu cucunya... bahawa setiap objek tadi telah menghadapi kesulitan yang sama: air yang mendidih. Namun begitu, Setiap satu memberi tindak balas berbeza.


Karot itu keras dan kuat. Walau bagaimanapun, selepas kena air panas , ia lembut dan menjadi lemah. 
Telur pula sifatnya mudah pecah. Cengkerangnya sangat nipis. Tetapi selepas diletakkan di dalam air mendidih , cecair di dalam telur  menjadi keras.  

Biji kopi tanah pula UNIK dan selepas dididihkan , air kini menjadi kopi panas yang lazat.
"Yang mana yang anda ?" dia bertanya kepada cucunya.

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang datang dari luar boleh mempengaruhi kita, Ya benar... Karot yang keras, akhirnya lembik bila diuji, Telur yang rapuh, akhirnya keras bila teruji... kita pilih siapa diri kita. amik iktibar kisah biji kopi... bila di uji dengan air panas...air itu berubah menjadi sesuatu yang boleh dinikmati...

have a great day kawan2... herm.. Anda pilih jadi yang mana satu?

Carrots, Eggs or Coffee Beans Movie

Carrots, Eggs or Coffee Beans Movie: All of us at one time or another have experienced a difficult situation, had setbacks, or dealt with our share of disappointment. Most things that happen to us on a daily basis we can't control and I can honestly say (with conviction) that it is not what happens to us that matters but rather, how we choose to respond.

MAGNET INDIGO KUASAI KOMPAS HIDUP!

Aloha... Senyum dulu 3 Saat. Ok thanks :)
U all memang best.
Kompas setiap kita ada pada gerak rasa hati...pernah dengarkan...Hati yang bersih tempat jatuh pandangan Allah.
 Semua ada mata, Anies pun ada... ada mata hati? yang ni kita kena selalu alert. Pandangan mata tak sama bila kita memandang dengan mata hati. But then..macamana pula dengan hidup? memandang tak sama bila kita melaluinya sendirikan...

We are going to berkenalan dengan Magnet Kompas Hidup. (INDIGO) jangan susahati..setiap kita ada punca kuasa magnet sendiri... kadang-kadang kita lalu liku hidup...ada yang nampak jelas cahaya...malah bersinar kehidupannya dengan cahaya gembira... ada juga yang nampak cahaya nuun jauh disana...jauh dihujung terowong..dalam keadaan ini...dapat rasa macam tu tahu boleh nak berjaya..nampak ada masa depan tapi kenapa jauhnya cahaya itu...banyaknya liku kena lalu..kenapa ada saja rintangan?

then...ada antara kita yang mungkin pernah melalui situasi...kelemasan walau bukan dalam lautan diamnya. kepenatan yang tersangat, walaupun bukan bertugas sebagai buruh kasar... buruh pun menikmati kehidupan dengan cara mereka sendiri... kenapa rasa terlalu sukar...dan kita pula terperangkap dalam roundabout kehidupan yang sama...roundabout berhantu...penuh misteri...kita tahu ada banyak simpang keluar...namun tak berani untuk buat pilihan...

Kompas Hidup kita ada pada kita. Selam balik dalam diri. Betulkan pandangan tuhan pada kita. tak kisah apa kepercayaan kamu. Bagi yang Islam. Bagaimana hubungan kita hari ini dengan DIA. DIA ciptakan kita sebaiknya...'illa liya'buduun' tak pula dijadikan kita melainkan untuk beribadah kepadaNYA.

Bab solat, hukum hakam ni semua boleh belajar...nak buat yang Sunat, utamakan yang wajib. 4 rakaat tu memang berat.. Subuh yang 2 Rakaat pun boleh terlelap bila takda 'khusyuk' dan juga amalan ibadat buat dengan paksaan.

Tapi kawan2...serius..nak tengok hidup berubah... Solat! Kalau berat cemana pun...untuk permulaan Set target... untuk 21 hari Cukupkan Solat Wajib 5 Waktu walaupun SUKAR. kawan kawan...kalau perlu PAKSA diri... biasakan sampai jadi Tabiaat... Anies cerita macam ni sebab.... Anies juga lalu... sekalipun sekolah agama, sekalipun anak Ustaz ustazah... iman bukan boleh diturunkan generasi ke generasi....

Bila Allah pandang kita baik... maka Insyaallah...kebaikan seisi alam dunia ini akan turut bersama dengan kita.Kompas diri ada pada rasa hati, pandanglah dengan mata hati, dengarlah dengan telinga hati... buatlah apa saja berpandukan rasa hati...sesungguhnya setiap kita ada penasihat terbaik...Firasat Allah turun pada hati yang bersih....

Nak dapat firasat yang baik... bersihkan hati.... Amalkan Zikir.... Kenapa memilih untuk berjauh dengan tuhan. Biar apa musibat yang DIA bagi. DIA dah tetapkan yang TERBAIK untuk kita. Redha dan Syukur atas semua yang diberi... melangkahlah dengan memaafkan diri. memaafkan orang lain....

Cuba buat...bagi yang rasa selalu susahati, tak tahu kemana nak tuju. hidup macam berserabut, simpang siur...terperangkap dalam kehidupan yang sendiri pilih. Untuk seminggu. Pakai Baju Kaler INDIGO- Pepel Gelap)-

Things To DO Together
1. Solat Wajib 5 Waktu Tanpa Gagal untuk 21 hari
2. Pakai Kaler Indigo selama 7 Hari.

Selamat Mencuba.
Live Vibrantly with C.O.O.L- Colours of our life.....





Tuesday, October 1, 2013

Laluan masing2 xsama... setiap sesuatu ada hikmahnya.

Anies Suzana!

Takda yang salah dalam pencaturan Allah. pastinya ada hikmah dan yang terbaik untuk kita teropong dalam diri. kita rasa kita hebat, kita dah buat yang habis baik...kita tak sedar itu pada kita semata...pada orang lain...kita mungkin telah memusnahkan kapasiti diri orang lain.

dan kita dengan mudahnya menunjuk jari pada orang, mengatakan kesalahan itu dipundak kamu!

Biarlah apa pun pada pandangan manusia. Betulkan pandangan ALLAH. Bila Allah sayang, pasti Allah hantarkan insan-insan yang DIA sayang untuk kita. 

Cukup-cukuplah marah memarahi...elakkan guna bahawa sergah. ...imarahkan dunia dengan kemesraan dan kebaikan. Jalan hidup ini indah. betulkan dari dalam. Jadikan diri Berani! Berani untuk mengubah peribadi diri. Menikmati masa-masa hari ini. Melupakan kelukaan lama. Hiasi minda dan aktiviti hari ini dengan lebih banyak kebaikan. ADA yang baik, BERI yang baik...DAPAT yang baik. Insyaallah.

kalau dapat yang tak baik jugak? Kita kena faham, masa sembuh dan bersihkan 'keladak' dalam diri setiap kita tak sama tempohnya. Ada cepat, ada lambat... bergantung pada Allah. Allah juga tempat kita berserah sepenuhnya.

Ada banyak cara... dan cara Anies pulihkan Aura diri...anda boleh guna semudahnya....Baiki Solat 5 waktu WAJIB dan 2 Waktu Solat Sunat yang kalo boleh...wajibkan diri untuk buat... pakai baju ikut warna hari.

Dan.... tunggu sambungan nanti...




Lain padang Lain Belalang!

Assalamualaikum, salam ceria.

 Lain padang lain belalang...
Ini status Adik Wani dalm FB. Hari ni betul-betul Anies masuk padang yang bezaaa.... mengujakan... menyeronokkan. Berkunjung ke Parlimen Malaysia. berjumpa dengan exboss.. dulu MB now Menteri. Beza posisi namun masih sama personaliti.

Sejuk tangan masa nak pergi...almaklumlah...ini tempat undang2 negara dibahas...live lihat Pendekar Amin bertarung dengan MP MP...jangan semborono ja membahas... bertikam lidah berhemah penuh bijaksana. apapun, bila ada pertengkaran tu...itulah rupanya indahnya sidang dewan.. macam makan tomyam takde rasa masam...out ke tingkap la rasanya kot kan...

Person lain yang datang semua with purpose... ada yang kena duty...ada yang nak jumpa for business matter... Anies depa tanya tadi..i dont have any reason actually. ive been invited to meet him. My exboss. (since Tok Sri angkat sumpah...nilah pertama kali i jengah kottt)

Its my first visit. Soklannya tadi satu ja. 'Dah habis Study?' when I say him Yess... maka itu jalah perbualan yang boleh share.. yang lain2... oh..tak sempat nak rakam.. hehehe. gurau jelah...gurau pun xboleh.

Apa yang anies belajar hari ini adalah, seyakin diri mana pun kita, kita tetap punya rasa yang sama bila PERTAMA KALI nak melakukan sesuatu. Disini keberanian diri sangat perlu. kena tinggi. Belasah aja. Allah selalu ada. Who ever orang yang kita nak jumpa, diri kita juga punya nilai setinggi mereka yang ada disana...
 We dono until we go in to it.

korang kalo datang sini...ada 2 kemungkinan..samada korang jadi energy sucker...sucking energy orang2 hebat ini...but then kalo tak bijak menapis...maka energy yang negatif pun termasuk sama...AWAS, silap2 balik penat beb.

Jumpa Kak Wan. Dia ajarkan Anies sesuatu. Hidup penuhkan dengan aktiviti... brilliant lady... selamat bertanding... am sure she know what she's doing...

Jumpa YB MP Parlimen kangar.. Maaf tuan, saya lama tak hamik tau...kalini plak saya tak undi tuan...sy tatau nak panggil apa...maaf ya YB Din.. hehehe...

Ondaway...jumpa kawan Diploma Masscomm.. weh...nampaknya wajah aniessuzana tak berubah ye...like 19. hehehe. then, jumpa Dato' Rosnah Abd Rashid Shirlin. Kak Wan heran jugak..amacam Dato' Rosnah kenai anies suzana... hi hi hi.... Jumpa kak Ani...ex KPu3... isk isk isk... tetiba Aniessuzana terterjun ke kolam politik...

Ada cerita menarik...sepanjang perjalanan ke Dewan Rakyat.... ada ja kenalan menyapa...masuk lif jumpa orang kenal, keluar life ada yang kenal...wah!!!! ramai juga kawan2 saya di Parlimen tu...

Apapun..memang pengalaman yang best!... sebab..i be there...to visit my boss and his new environment... i really miss my post before 'setiausaha kerja' la sangat... kan....

Chowssss.... alhamdulillah... gembira itu nikmat dari Allah :)