Wednesday, November 13, 2013

Kuning- Ur Personal Power



Kali ini kita petik lagi... tentang Kuasa Aura Warna dan... ini pula perkongsian Aura Kuning. Bukan Mambang Kuning tau.. hehehe

Warna Kuning melambang individu yang mempunyai sifat yang intelektual, optimis, mengujakan dan mengasyikan. Pantas berfikir dan bijaksana dalam menghibur orang lain. 

Personaliti aura kuning suka berkumpul dan boleh diajak sembang panjang. Mudah untuk belajar tapi mudah untuk melupakan kerana sikap main-main. Warna kuning juga suka dengan gagasan dan berekspresi. Sifat negative dari warna kuning adalah pemalu dan suka menipu.

No comments:

Post a Comment