Wednesday, November 13, 2013

Aura Warna Part 3- Apa makna Setiap Warna Aura?


Mari kita lihat apa pula erti warna aura yang terpancar dari dalam diri dan lihat personaliti dari setiap aura warna ini. Tahukah anda, Aura warna ini boleh berubah-ubah mengikut emosi, pemikiran seseorang. Ianya tidak statik dan kekal.

 Ada kaedah khusus untuk melihat warna aura yang terpancar dari tubuh kita. Antara pengalaman Anies, ia pernah hijau kebiruan, kuning, oren. Semuanya didapati dengan teknologi Foto Aura.


So kali ni kita petik sikit dari e-book Kuasa Aura Warna. Moga membantu anda lebih mengenali warna yang terpancar dari tubuh anda...
Untuk insan punya. 

Aura Merah 

Warna Merah adalah warna emosi yang terpancar dari dalam diri. Jika seseorang pancaran auranya berwarna merah ini bermakna individu ini seorang yang mempunyai keegoan yang tinggi.

 Semangat dan berkeyakinan tinggi, kreatif dalam meningkatkan kualiti hidup. Aura warna merah ini juga menyatakan keberanian diri, oleh itu, orang yang mempunyai warna latar aura merah, sifatnya suka memerintah, bertanggung jawab dan mempunyai sifat pemimpin. 

Mempunyai sifat kasih sayang dan prihatin kepada sesama manusia. Sifat negatif dari warna merah adalah seorang yang penakut. 

No comments:

Post a Comment