Wednesday, September 25, 2013

Setiap yang datang ada baiknya....

Dalam laluan hidup, ada yang datang kita suka, sangat suka...ada pula yang datang bawa airmata. kedua-duanya Pakej untuk kita lalu masa2 hadapan jika Allah panjangkan nyawa.

Akhrijatunnas minadzulumat ilannur. manusia tu keluar dari kegelapan menuju cahaya. Ilmu itu nurullah, wannurullah la yuhda lil asr. Ilmu tu pula cahaya Allah dan cahaya Allah, DIA tak bagi pada yang buat maksiat.

Hidup nak selalu terpandu. mudah ja kot kan...sebagai manusia ada kala nafsu pergi lebih dulu. perkara baik susah nak mulakan jika tak biasa. Sifat tenang bertenang dan sabar xmudah dipupuk. Insyaallah, semuanya pasti Allah bagi kita nikmati bila kolam diri dibersihkan dari masa ke semasa. hari hari der...

Apa kita fikir, apa kita rasa, apa kita cakap... apa kita buat semuanya adalah DOA. dan Powerful doa adalah...MINTA sendirik pada DIA.

Mana tempat mustajab nak doa? banyak... xleh ke Masjidil Haram dan masjid Nabi di Madinah. pergilah, rapat sama-sama fi buyutillah. Rumah-rumah Allah. kalo ladies plak? lokasi solat terbaik adalah dalam KAMARmu yang....

Fikiran yang baik2, beri rasa yang baik2, makanya reaksi tubuh juga baik2 pastinya. Semua yang baik2 dalam diri akan menarik banyak perkara yang baik kepada kita.

La tataharraku zarratan illa biiznillah. jalan menuju Allah banyak...nak guna jalan mana? sendiri PILIH.
Dua Garis Panduan yang tak luput dek zaman telah disediakan. Al-quran dan Sunah Rasulullah.

Lokasi yang menjadi tujuan ada DUA saja kot kan. Syurga or Neraka. maka buatlah pilihan. berfikir dalam setiap tindakan. Misinya MENAMBAHNILAI hidup lebih ramai orang. Hidup ni bukan utntuk dinikmati sorang2. Check back dalam diri, kenapa aku berada disini HARI ini? nak dapat banyak? kena bagi banyak2... What U give, U get back MORE. bagi satu kebaikan, DIA balas sepuluh. Mudahkan nak kumpul bekal jumpa Allah.

Moga sukses Dunia Akhirat.

----aniessuzana----

No comments:

Post a Comment