Showing posts with label Aura. Show all posts
Showing posts with label Aura. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

Aura Warna Ungu!



Seseorang yang pancaran auranya berwarna Ungu, orang tersebut secara alami sangat positif. Mempunyai daya mental yang tinggi, bijaksana dan berfikiran logik. Personaliti Warna Ungu biasanya berhati muda, tulus, jujur dan jika bertindak sesuai dengan pemikirannya. Suka bergerak bebas dan tidak suka dikongkong pergerakannya. Suka melancong dan meneroka dunia baru.
Selalu menunjukkan sifat yang ingin terus berkembang, rajin dan ingin terus memperbaiki diri. Warna aura ungu yang gelap menunjukkan bahwa orang tersebut sedang merasa kesepian.
Warna-warna aura ungu selain dapat berubah warna juga dapat menjadi cerah atau suram bergantung juga kepada karakteristik dan tahap kesihatan anda. Jika anda kurang sihat atau sedang sedih, warnanya akan menjadi kusam. Meditasi, Zikir dan yoga boleh dilakukan untuk mencerahkan aura kembali.

Wednesday, November 13, 2013

Kuning- Ur Personal Power



Kali ini kita petik lagi... tentang Kuasa Aura Warna dan... ini pula perkongsian Aura Kuning. Bukan Mambang Kuning tau.. hehehe

Warna Kuning melambang individu yang mempunyai sifat yang intelektual, optimis, mengujakan dan mengasyikan. Pantas berfikir dan bijaksana dalam menghibur orang lain. 

Personaliti aura kuning suka berkumpul dan boleh diajak sembang panjang. Mudah untuk belajar tapi mudah untuk melupakan kerana sikap main-main. Warna kuning juga suka dengan gagasan dan berekspresi. Sifat negative dari warna kuning adalah pemalu dan suka menipu.

Tuesday, November 12, 2013

Warna dan Aura Diri Part 1



Terdapat Warna Aura yang berbeza pada cakra tubuh kita. Perkataan ‘cakra’ ini diambil daripada bahasa India. Cakra adalah medan aliran tenaga dalam badan manusia. 

Aura adalah warna-warna magnet tenaga yang terdapat pada setiap cakra. Bukan sahaja manusia, semua haiwan, tumbuh-tumbuhan juga mempunyai tenaga dan asas tenaga ini datangnya dari tenaga matahari. 

Tenaga ini tidak statik dan ianya dinamik. Boleh berubah- ubah dan sangat fleksibel.
Aura pada tubuh badan manusia berfungsi sebagai tenaga yang melindungi kita daripada tenaga yang tidak sihat. 

Sebagai contoh, bumi mempunyai lapisan ozon, lapisan ozon yang tebal menyelamatkan bumi dari pancaran cahaya matahari yang melebihi had. Maka bumi akan kekal selamat aman untuk didiami.
Badan manusia terdapat warna Aura yang menjadi magnet kepada kehidupan yang lebih baik dan sihat secara semulajadi.

Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan si pemakai
selama ini.

Apakah warna Aura diri anda? Next kita sambung lagi ya....