bersih diri, get ready mengadap Ilahi. sesungguhnya ku panjatkan kesyukuranku padamu Allah S.W.T. atas kurniaan nyawa ini. Inna Solati, Wa Nusuki, Wa Mahyaya, Wa Mamati, Lillahi Taala...
Tatkala diri leka membaca ayat-ayat suci Al-quran...sambil mengenang kembali. Ya satu masa dulu. Surah-Surah ini sudah melekat di dada. Nadhah Hasanah, sekolah agama rakyat. Pondok Tuan Guru Tajudin..mmm lama dah masa tu berlalu... tiba- tiba pagi ni, helaian Al-quran, surah-surah hafalan wajib, kenangan bersama kawan rakan tertayang di mata hati.
Lancar bibir, lidah fasih kerana satu masa dulu, sudah terpahat ayat ini dalam dada. Subhanallah. Walau lama tak di baca...akal kurniaan Allah sangat hebat.
Dimana agaknya Afaf ( anak Ust Hashim), Manja, Murniyati...Shakirah... teringin hati nak jumpa kalian. Yang kembar tu sapa namanya erk? ada ka..atau koleksi Novel Kembaq rekaan kita semua?
Sek Men Agama Nadhahtul Hasanah. Dua tahun, perkataan mula yang membuatkan aku mula sukakan Bahasa Arab "Samakatun" maknanya bukan sama kartun...tapi Ikan..hehehe
dan akhirnya, kecintaan aku kepada bahasa arab sehingga hari ni dengan satu sebab yang sama. Luggatul arabiyyah hiya lugghatul quran. bahasa arab- memudahkan aku menghayati bait2 kata doa, munajat pada Ilahi.
No comments:
Post a Comment