Tuesday, March 22, 2011

anakku PERMATA NEGARA...

Bercinta, berkahwin, melayari bahtera hidup. dengan izin Allah di anugerahkanNya kita zuriat. Anakku Permata Negara. Mengasuh dan mendidik, mendorong mereka dengan pengetahuan dan sesuai dengan umur mereka... Insyaallah. Inilah pewaris berkualiti dalam negara nanti.

PERMATA, banyak yang diperkatakan dengan inisiatif Datin Paduka Seri Rosmah mansor ini. Biar apapun bunyi bunyi sumbang yang kuat kedengaran di luar sana. Sebagai ibu muda. Terima kasih Datin Paduka Seri Rosmah, terima kasih tiada harga nilainya. mendidik kami semua yang terpilih untuk sama-sama menyelusuri Konsep PERMATA.

Seawal dari dalam rahim, anak telah berkembang. ya, ini fakta yang semua orang tahu. tapi jasad fizikalnya sahajakah? atau apa lagi yang boleh kita kaitkan? katanya boleh diransang perkembangan anak ini. sememangnya boleh. tapi tahukah kita sebagai parent muda untuk mengenalpasti ransangan yang sepatutnya? apa yang perlu dibuat? betulkah perlakuan kita benar2 meransang perkembangan fetus, bayi ini?

kita telah lama hidup dalam paten kehidupan yang sama, maka hasilnya semakin lama keadaan tetap berlaku sedemikian malah makin membimbangkan. kita penuh bangga dengan pencapaian akademik anak2 semasa. dalam masa yang sama, kita juga terbelengu dengan peningkatan jumlah gejala sosial yang bermaharajalela. anak kita yang bijak masa persekolahan ini kenapa tak mampu menilai dan aplikasi semua pembelajarannya?

Membina bangunan memang mudah, cukup besi, bata, batu..ada tenaga kerjanya. nah..selepas seketika akan terlihatlah hasilnya. Tapi perkembangan anak dalam Konsep PERMATA ini, hasilnya kita perlu sabar. kita bukan membina menara berkembar, kita tak lagi membina Pusat Dagangan PWTC, PICC..KLCC dan bermacam-macam lagi.

PERMATA membina generasi berkualiti. Hasilnya adalah nun jauh bertahun lagi. saat anak-anak ini dapat meneroka, mengkaji dan mengalami proses pembelajaran yang tepat. insyaallah, mereka akan membesar dengan paten kehidupan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment