Wednesday, November 13, 2013

Kuning- Ur Personal Power



Kali ini kita petik lagi... tentang Kuasa Aura Warna dan... ini pula perkongsian Aura Kuning. Bukan Mambang Kuning tau.. hehehe

Warna Kuning melambang individu yang mempunyai sifat yang intelektual, optimis, mengujakan dan mengasyikan. Pantas berfikir dan bijaksana dalam menghibur orang lain. 

Personaliti aura kuning suka berkumpul dan boleh diajak sembang panjang. Mudah untuk belajar tapi mudah untuk melupakan kerana sikap main-main. Warna kuning juga suka dengan gagasan dan berekspresi. Sifat negative dari warna kuning adalah pemalu dan suka menipu.

Warna-Warna Aura Diri- Masa Untuk Oren atau Jingga!


 






Kali ini kita explore sama-sama tentang Aura Oren

Warna oren ini melambangkan individu yang sentiasa akan sensasi, bergerak sangat pantas dan agak licik. Semangat orang beraura warna oren ini sentiasa berapi-api dan memiliki keghairahan yang tinggi dalam melakukan tindakan. Orang ini juga kreatif dan produktif, positif. Kadang-kadang kuat menentang. Mindanya berorientasikan perniagaan. Sekiranya jingga gelap, ia menunjukkan kesombongan diri.
Siapa agaknya itu ya...




 

Aura Warna Part 3- Apa makna Setiap Warna Aura?


Mari kita lihat apa pula erti warna aura yang terpancar dari dalam diri dan lihat personaliti dari setiap aura warna ini. Tahukah anda, Aura warna ini boleh berubah-ubah mengikut emosi, pemikiran seseorang. Ianya tidak statik dan kekal.

 Ada kaedah khusus untuk melihat warna aura yang terpancar dari tubuh kita. Antara pengalaman Anies, ia pernah hijau kebiruan, kuning, oren. Semuanya didapati dengan teknologi Foto Aura.


So kali ni kita petik sikit dari e-book Kuasa Aura Warna. Moga membantu anda lebih mengenali warna yang terpancar dari tubuh anda...
Untuk insan punya. 

Aura Merah 

Warna Merah adalah warna emosi yang terpancar dari dalam diri. Jika seseorang pancaran auranya berwarna merah ini bermakna individu ini seorang yang mempunyai keegoan yang tinggi.

 Semangat dan berkeyakinan tinggi, kreatif dalam meningkatkan kualiti hidup. Aura warna merah ini juga menyatakan keberanian diri, oleh itu, orang yang mempunyai warna latar aura merah, sifatnya suka memerintah, bertanggung jawab dan mempunyai sifat pemimpin. 

Mempunyai sifat kasih sayang dan prihatin kepada sesama manusia. Sifat negatif dari warna merah adalah seorang yang penakut. 

Tuesday, November 12, 2013

Aura Warna Part 2- COOL. Colours of Our Life




Mengenali dan menguasai Aura warna sangat membantu dalam kehidupan dimana kita mampu mengesan keadaan tubuh kita atau orang lain. Menguasai Aura warna juga dapat dijadikan satu kaedah dalam menilai tahap kesihatan, tahap kekuatan tenaga diri dan juga melihat kepada sifat seseorang.
Sebagai contoh, ingat lagi pesan orang tua-tua untuk menyapu nila di bahagian leher sekiranya seseorang itu mengidap sakit beguk? Beberapa hari kemudian beguk itu akan hilang dan sembuh. Disinilah boleh kita lihat bersama kaitan warna dalam penyembuhan alternatif.
Aura Warna dalam dunia perubatan alternatif di Malaysia ditemui oleh Dr Norhisham Wahab, seorang saintis, pensyarah kinesologi gunaan dan Pengasas Perubatan Terapi Getaran Warna ( Colour Vibration Therapy). Menurut beliau, Warna memainkan peranan penting dalam menyembuh, memberi tenaga dan menyeimbangkan tenaga pada anggota-anggota tubuh yang berbeza.

petikan -ebook Kuasa Aura Warna-

Warna dan Aura Diri Part 1



Terdapat Warna Aura yang berbeza pada cakra tubuh kita. Perkataan ‘cakra’ ini diambil daripada bahasa India. Cakra adalah medan aliran tenaga dalam badan manusia. 

Aura adalah warna-warna magnet tenaga yang terdapat pada setiap cakra. Bukan sahaja manusia, semua haiwan, tumbuh-tumbuhan juga mempunyai tenaga dan asas tenaga ini datangnya dari tenaga matahari. 

Tenaga ini tidak statik dan ianya dinamik. Boleh berubah- ubah dan sangat fleksibel.
Aura pada tubuh badan manusia berfungsi sebagai tenaga yang melindungi kita daripada tenaga yang tidak sihat. 

Sebagai contoh, bumi mempunyai lapisan ozon, lapisan ozon yang tebal menyelamatkan bumi dari pancaran cahaya matahari yang melebihi had. Maka bumi akan kekal selamat aman untuk didiami.
Badan manusia terdapat warna Aura yang menjadi magnet kepada kehidupan yang lebih baik dan sihat secara semulajadi.

Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan si pemakai
selama ini.

Apakah warna Aura diri anda? Next kita sambung lagi ya....








Belajar dari Merpati- kongsi rasa

  1. Merpati adalah burung yang tidak pernah mendua hati. Cuba perhatikan, apakah ada merpati yang suka berganti pasangan? Jawabannya adalah “tidak”! Pasangannya cukup 1 seumur hidupnya.
  2. Merpati adalah burung yang tahu kemana dia harus pulang. Betapapun merpati terbang jauh, dia tidak pernah tersesat untuk pulang. Pernahkah ada merpati yang pulang ke rumah lain? Jawabannya adalah “tidak”!
  3. Merpati adalah burung yang romantis. Coba perhatikan ketika sang jantan bertalu-talu memberikan pujian, sementara sang betina tertunduk malu. Pernahkah kita melihat mereka saling mencaci? Jawabannya, “tidak”!
  4. Burung merpati tahu bagaimana pentingnya bekerja sama. Coba perhatikan ketika mereka bekerja sama membuat sarang. Sang jantan dan betina saling silih berganti membawa ranting untuk sarang anak-anak mereka. Apabila sang betina mengerami, sang jantan berjaga di luar kandang. Dan apabila sang betina kelelahan, sang jantan gantian mengerami. Pernahkah kita melihat mereka saling melempar pekerjaannya? Jawabannya, “tidak”!
  5. Merpati adalah burung yang tidak mempunyai empedu, ia tidak menyimpan “kepahitan” sehingga tidak menyimpan dendam.