Mengenali dan
menguasai Aura warna sangat membantu dalam kehidupan dimana kita mampu mengesan
keadaan tubuh kita atau orang lain. Menguasai Aura warna juga dapat dijadikan
satu kaedah dalam menilai tahap kesihatan, tahap kekuatan tenaga diri dan juga
melihat kepada sifat seseorang.
Sebagai contoh,
ingat lagi pesan orang tua-tua untuk menyapu nila di bahagian leher sekiranya
seseorang itu mengidap sakit beguk? Beberapa hari kemudian beguk itu akan
hilang dan sembuh. Disinilah boleh kita lihat bersama kaitan warna dalam
penyembuhan alternatif.
Aura Warna dalam
dunia perubatan alternatif di Malaysia ditemui oleh Dr Norhisham Wahab, seorang
saintis, pensyarah kinesologi gunaan dan Pengasas Perubatan Terapi Getaran
Warna ( Colour Vibration Therapy). Menurut beliau, Warna memainkan peranan
penting dalam menyembuh, memberi tenaga dan menyeimbangkan tenaga pada
anggota-anggota tubuh yang berbeza.
petikan -ebook Kuasa Aura Warna-
No comments:
Post a Comment