Tuesday, September 3, 2013

Peringatan untuk diri- Bersaing dengan DIRI SENDIRI

Bagaimana Bersaing Dengan Diri Sendiri?

Anda sering mendengar ungkapan, "Kita hendaklah bersaing dengan diri
sendiri," dalam program atau ceramah motivasi. Selalunya bila disebut
bersaing, ia mestilah melibatkan dua pihak atau lebih. Bersaing dengan
diri sendiri pun sebenarnya melibatkan dua pihak iaitu:

1. Diri kita yang zahir.
2. Diri kita yang ideal atau juga dipanggil roh atau jiwa kita.

Diri kita yang zahir sering melahirkan tabiat dan perangai yang lemah
dan malas. Semua sifat negatif ada dalam diri kita seperti: malas,
letih, dengki, kecewa, ragu-ragu, tidak yakin, marah, malu, bimbang,
takut dan seribu satu macam perasaan negatif yang lain.

Untuk berjaya, maju, cemerlang, terbaik dan menjadi nombor satu, kita
mesti meninggalkan sifat-sifat negatif ini dengan sedaya upaya kita
dan bergerak menuju sikap idealistik seperti perfectness, bijak,
cemerlang, berjaya, sentiasa berada pada kedudukan nombor satu,
tangkas, excellent, pencapaian 100%, luar biasa dan sebagainya. Inilah
diri kita sebenar. Inilah kemampuan kita yang sepatutnya.

Jadi setiap masa kita hendaklah bersaing dengan "diri kita" yang
negatif ini untuk menjadi seorang "diri kita" yang terbaik.

Kalau kita bersaing dengan orang lain, kita akan menghadapi banyak masalah.

Masalah Bersaing Dengan Orang Lain

1. Kita akan kecewa jika kita gagal menyainginya.
2. Timbul sifat dengki dan iri hati.
3. Orang yang kita bersaing itu mungkin lebih lemah atau lebih negatif
daripada diri kita.
4. Bersaing dengan orang lain ini lambat. Kita boleh pergi lebih cepat
jika bersaing dengan diri sendiri.
5. Masa untuk bersaing sangat terhad sedangkan kita boleh bersaing
dengan diri sendiri 24 jam.
6. Orang yang kita bersaing itu jauh daripada diri kita sedangkan diri
kita adalah "orang" yang paling hampir dengan kita.
7. Setakat mengalahkan pesaing, belum menjamin kita menjadi terbaik.

Kehebatan Bersaing Dengan Diri Sendiri

1. Berlaku 24 jam termasuk ketika tidur.
2. Sasaran kita ialah ideal atau 100%.
3. Tidak memerlukan ruang, masa dan kos.
4. Menggerakkan tenaga minda sedangkan bersaing dengan orang lain
sering melibatkan tenaga fizikal.
5. Bersaing dengan diri sendiri lebih mudah untuk menduduki tempat pertama.
6. Kepuasan hati dan jiwa apabila berjaya lebih kuat daripada kepuasan
bersaing dengan orang lain.

Bagaimana Bersaing Dengan Diri Sendiri?

1. Baiki kelemahan diri.
2. Jangan buang masa.
3. Dapatkan kemahiran melalui seminar, kursus, pembacaan dan sebagainya.
4. Selalu bertanya dengan orang yang lebih tahu.
5. Sentiasa mujahadah dengan diri kita sendiri. Sasarannya ialah diri
kita akan menang.
6. Sentiasa buat yang terbaik dalam segala bidang dan skop kerja.
7. Yakin dengan diri sendiri dan bantuan Tuhan.
8. Tinggalkan semua sifat mazmumah dalam diri.
9. Berani melaksanakan langkah bijak yang kita rancang.
10. Jangan berhenti selagi belum barjaya.

Bersaing dengan diri tidak bererti anda harus memencilkan diri atau
menjadi "kera sumbang" di tengah kelompok kawan-kawan atau masyarakat.
Perhubungan dan interaksi kita dengan orang lain berjalan macam biasa.

Bila kita betul-betul bersaing dengan orang lain misalnya dalam ujian,
peperiksaan, acara gelanggang, pertandingan syarahan dan pidato,
pertandingan melukis dan sebagainya, ini sebenarnya hanya persaingan
untuk seketika untuk menentukan di mana kedudukan kita dengan orang
lain.

Apabila pertandingan atau persaingan tamat, kita akan kembali sebagai
diri kita yang asal dan proses bersaing dengan diri sendiri akan
berjalan semula 24 jam sebelum bertemu kembali dalam persaingan
gelanggang yang akan datang.

Kalau anda sudah bersaing dengan diri anda 24 jam, maka dalam
persaingan dengan orang lain anda akan meningkatkan kedudukan dan diri
anda hingga anda akan berjaya mendapat kedudukan nombor satu!

Selamat bersaing dengan diri anda sendiri.

Penghulu Istighfar.

SAYYIDUL ISTIGHFAR

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي, لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ, خَلَقْتَنِي, وَأَنَا عَبْدُكَ, وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اِسْتَطَعْتُ, أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ, أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ, وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي, فَاغْفِرْ لِي; فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ اَلذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

(Allahumma Anta Robbi, Laa Ilaaha Illa Anta, Kholaqtani wa ana abduKa, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, Audzubika min syarri maa shona’tu, Abu’u laka bi ni’matiKa ‘alaiyya wa abu’u laKa bidzanbi faghfirlii fainnahu laa yaghfiru dzunuuba illa Anta )

”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau, Engkau yang menciptakanku sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu (yaitu selalu menjalankan perjanjian-Mu untuk beriman dan ikhlas dalam menjalankan amal ketaatan kepada-Mu) dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang boleh mengampuni segala dosa kecuali Engkau”

Obses dengan bidadari syurga- Satu Persaingan rahsia dunia wanita

Antara artikel awal yang buat Anies suka mencari perihal Bidadari.
 HAPPY READING...
Artikel ini sekadar menunjukkan cebisan-cebisan jejak Bidadari Dunia yang telah menembusi syurga. Semoga wanita-wanita yang masih hidup kini terasa mulia, dan ingin menjadi seperti mereka.
Kerana saya, seorang Adam nyata bahagia melihat bidadari-bidadari dunia.
Hawwa di sisi Adam.
Saya suka menggunakan cerita ini untuk menunjukkan betapa ‘mahal’nya seorang wanita.
Adam itu diciptakan di dalam syurga, yang segala-galanya sempurna. Tetapi nyata, kesempurnaan syurga itu tidak mampu mengisi jiwanya. Terasa dia sunyi dan sepi, hinggalah akhirnya diwujudkan buatnya Hawwa.
Mahalnya wanita adalah seperti syurga. Itu pada saya. Sebab itu ada lelaki, mereka fikir bila dapat wanita, mereka dapat segalanya. Sebab itu ada lelaki, sanggup gadai segala benda hanya untuk dapatkan seorang wanita.
Hawwa mengisi kekosongan jiwa Adam yang berada di Syurga. Hawwa itu jugalah yang menemani Adam saat menempuh kehidupan yang sukar di dunia. Tanpa kita lupa, Hawwa jugalah antara sebab mengapa mereka diturunkan ke dunia.
Pada permulaan sejarah manusia, perempuan wujud sebagai pelengkap. Wanita tidak menjadi ‘pemula’ sebagaimana Adam. Tetapi nyata Hawwa adalah ‘pelengkap’ yang diperlukan oleh seorang pemula.
Tidakkah wanita hari ini belajar daripada Hawwa?
Dari situ jelas terserlah intipati utama mengapa perempuan itu dicipta.
Adam memerlukan Hawwanya!
Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah. Di tengah perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas. Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman-temannya.
"Dari mana anda?" tanya Abu Sulaiman
"Saya dari Iraq" jawabnya
"Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan?"
"Boleh."
Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Makkah.sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Qur'an dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat.Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat, zikir dan munajat kepada Allah.

Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti-henti. Begitulah kebiasan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah.Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum.

Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing-masing sebuk dengan urusan mereka.begitu juga dengan pemuda salih itu akan berpisah dengan Abu Sulaiman.namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinnannya:
"Wahai anakku, aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih.Apakah yang mendorong engkau berbuat demelian ?" tanya Abu Sulaiman
"Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini. Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan-bangunan Syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari-bidadari yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya. Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata: "Wahai pemuda! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku. Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku." Setelah itu aku pun terjaga.
Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik.dan mimpi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh-sungguh tidak kenal letih dalam beribadat kepada Allah. Kerana barang siapa yang bersungguh-sungguh maka dia  pasti memperolehi manfaatnya. Setelah mendengar kisah tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendo'akan untuk dirinya. Kemudian dia pun pergi.

Sahabat yang dirahmati Allah, Allah SWT secara jelas menceritakan di dalam al-Qur'an bahawa balasan untuk orang-orang yang bertaqwa adalah balasan Syurga seluas langit dan bumi di hari akhirat nanti. Kenikmatan di dalam Syurga yang banyak di gambarkan di dalam al-Qur'an adalah kecantikan dan keindahan para bidadari. Bidadari yang akan menjadi isteri-isteri orang-orang Mukmin di Syurga nanti. Dibawah ini saya sertakan juga beberapa sifat-sifat bidadari yang diceritakan didalam al-Qur'an.
1. "Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik." (Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)
2. "Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya." (Qs. Shaad [38]: 52)
3. "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)
4. "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58)
5. "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)
6. "(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72)
7. "Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 74)
8. "Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76)
9. "mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Qs. Ath-Thuur [52]: 20)
10. "Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)
11. "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37)
12. Gambaran bidadari dalam Hadis Ath-Thabarany menuturkan, dari Ummu Salamah Radhiallahuanha, dia berkata, “Saya berkata,”Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.”
Baginda menjawab,”Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”
Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “˜Laksana mutiara yang tersimpan baik.”(Surah Al-Waqi'ah: 23)
Baginda menjawab,”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”
Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, “˜Di dalam Syurga-syurga ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahmaan: 70)
Baginda menjawab,”Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.”
Saya berkata lagi,”Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Surah Ash-Shaaffaat: 49)
Baginda menjawab,”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit bagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.”
Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah, “˜Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al-Waaqi'ah: 37)
Baginda menjawab,”Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi dan umurnya sebaya.” ................(hingga akhir hadis).
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Setiap lelaki yang masuk Syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk Syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di Syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Firman Allah SWT maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah s.w.t.. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."

"Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka."

"Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya."

Monday, September 2, 2013


Dah kena curi...
Day 1. Anies dapat friend request... Approved.
Day 2. Anies dapat priate message. Start SMS & Call
Day 3. Anies berhubung. Jumpa
Day 4. Anies gelabah juga bila dia takda rupanya
Day 5. Connected. Banyak luka le pulak
Day 6. Ingat nak run away.... still connecting..

Mudahkan Ya Allah :)

Tuesday, August 6, 2013

Anies dan Mak Tom- Memori Raya

Assalamualaikum, Hi semua...i just wanna share....
Anies Suzana minta maaf...itu yang pertama...

Tadi call Mak Tom. Mak, Anies minta maaf. Anies tak pernah lupa mak. Mak baik. Mak jawab- kenapa Anies tak balik. Mak rindu. Anak-anak mana?  Ini hari raya pertama semenjak Anies berusia 14 tahun utk tidak cium tangan Mak Tom. Dia mak mertua saya dulu, walau tidak sekarang tapi pastinya selamanya.

Selama 19 Tahun sepanjang masa itulah Anies yang siapkan juadah raya di rumah. sibuk bawa Mak Tom belikan barang raya, belikan baju...bawa mak gi kedai emas...macam macam... pendek kata...anytime mak tom nak apa- apa Anies bawa. Sampaikan mak sendiri selalu komplen. Mak mentua ni ajar Anies macamana berbudi bahasa dengan orang tua. Mak Tom ajarkan Anies macamana nak ambil hati. Walau susah, walau payah. Kadang-kadang sampai Sham terpaksa bagitau mak, Anies sakit kepala...tak mau bangun...maaf Anies mak...Anies kecik hati kadang-kadang tu.

Anies takde ingatan yang tak best pasal mak, ayah, Kak Ala and semua di panggau. Anies cuma ingat yang best best saja. Maafkan Anies. Ini raya pertama Anies tak balik ke sana. Anies janji Anies balik Insyaallah. Mesti ada yang mak tom nak Anies masakkan.... nanti kita pi padang Besaq sama-sama ya. Nanti Anies urutkan kaki mak lagi. Inaikan rambut mak.... Bawa mak jalan-jalan tepi sisir laut Kuala Perlis.

Selamat Hari Raya.......