Suka Anies nak bawa satu kisah, kisah ni Anies dengar lama dulu. tetapi hari ini Anies didengarkan semula kisah ni. Anies tak pandai nak cerita. Kisah sebuah keluarga. Keluarga yang hebat. Anak ini mendapat pendidikan yang hebat, sekolah menengah hinggalah ke Universiti luar negara. Anak ini mendapat kerjaya yang baik. Dia berjaya bina keluarganya sendiri. Maka dah bertukar la status. Kini dia ketua keluarga, punya anak juga.
Anaknya juga hebat hebat pendidikannya. Anak yang berjaya dalam hidup masing2. Satu hari si ayah meninggal dunia. Di sebuah Hospital. Si anak terpandangkan IKLAN PENGURUSAN JENAZAH yang ditawarkan. Si anak pun menelifon Pegawai Berkenaan. Bertanyakan tentang Perkhidmatan Pengurusan yang ditawarkan. Maka- Setelah berbincang, baru si anak tahu yang terdapat beberapa pakej menguruskan jenazah ini.
Pakej Pertama- Pengurusan Jenazah- mandikan dan uruskan sampai ke kuburan, siap Talkin.
maknanya, ahli keluarga perlu ke kuburan sahaja. PENGURUSAN JENAZAH LENGKAP BERMULA DARI HOSPITAL HINGGA SELESAI:- HANYA $1300.00- ini pakej biasa biasa saja.
Pengurus Jenazah yang Bertauliah dan Berpengalaman
PENGURUS JENAZAH BERTAULIAH
| |||
2. Khidmat Pendaftaran Lubang Kubur
3. Perkakas Mandian Jenazah yang Lengkap (Perkakas khas untuk memandikan jenazah siap dengan hos paip air yang disalurkan terus ke bilik tandas)
4. Kain kafan putih, minyak attar, serbuk pacai, sabun mandi wangi, kapur barus, air mawar dan lain – lain keperluan yang lengkap untuk persiapan jenazah di bekalkan.
5. Khidmat Imam Talkin yang Bertauliah
6. Khidmat Jurumandi yang Bertauliah dan Berpengalaman
7. Menyediakan Bas berhawa dingin 40 penumpang yang selesa
8. Minuman Air Botol Mineral
9. Rumput karpet bermutu tinggi, Papan Nama dan Batu Nisan
10. Menyediakan khidmat panggilan doktor 24 jam jika perlu
Itu contoh Pakej la.
Pakej Kedua: Siap ada kenduri arwah di Masjid untuk 3 hari : RM 3000.00
Pakej istimewa: Semua di atas- Termasuk Kenduri dan Tahlil 40 Hari : RM 5000.00
Anak ini pun hebat orangnya. Ayahnya juga Hebat orangnya. Mestilah amik Pakej yang Paling Baik. Kannnnn
So malamnya- sedara mara dah tahu tentang ketiadaan arwah ni, datanglah kerumah untuk ziarah.
Masa tu si anak dan ahli keluarganya tengah menonton Rancangan ala-alal AF la gayanya.
Maka bertanyalah sedara ni, kata ayah kamu meninggal?
Jawab si anak: Aah ya.
Saudaranya bertanya lagi: habis mana jenazahnya?
Anak: semua dah diuruskan. Dah contract kepada Ustaz. kami dah amik Pakej Pengurusan Jenazah yang lengkap untuk ayah. Esok cuma tunggu di kubur sahaja.
Saudaranya terpinga.. terkedu...terdiam seketika.
Cukuplah sampai sini cerita tu. Fikirkan la sendiri.....
kalo korang agak2 esok bertahun akan datang macamana? Kita nak didik anak2 kita hari ni, untuk maju dan berjaya dalam hidup. Semuanya nak Terbaik. Boleh juga, amikla Pakej Terbaik. Alangkah indahnya pengurusan jenazah Anies ini nanti- diuruskan sepenuhnya oleh anak-anak dan ahli keluargaku. amin
No comments:
Post a Comment