Thursday, January 23, 2014

Bertemu dan berpisah Kerana Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Duhai kawan dan teman,

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :

Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.
Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.

Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.

Kelima : Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata :
‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’

Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.

Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, December 30, 2013

Titi- titi Bahagia

Assalamualaikum. Apa yang best hari ini? apa yang boleh kita lafazkan kesyukuran hari ini?

Terlalu banyak yang kita minta. Mungkin Allah tak bagi semua lagi pada kita. pun begitu.. cer pejam mata...bayangkan kalau Allah xizin celik selamanya. tidaklah kita boleh menikmati segala yang manis ada dalam dunia...

Masalah, ujian...tak pernah tidak ada untuk setiap kita. Setiap kita pasti di uji. Allah uji itu tanda dah ready. kalo beban sekilo tak diberiNya kita Se TAN bebanan untuk dipikul. Dialah Yang Maha Kasih lagi Penyayang.

Yang berat bila kita merasakan kita mampu melakukan segalanya. Balik pada DIA. DIA ada kan...serah semua urusan kepada Yang Maha Menguruskan. Mohon DIA permudahkan semua urusan. Tidak ada daya, tidak ada kekuatan melainkan dengan izinNya.


Sabar dan tenangkanlah diri...

Monday, December 16, 2013

Hikmah- Hidup dengan memandang Hikmah

Assalamualaikum.

Syukur Rahmat Allah.
Disusunnya satu satu kejadian dalam laluan kehidupan.
Memang banyak cerita. Dari kelam sekelam dunia. sehinggalah seterang sirna cahaya.
Ada banyak airmata. ketawa gembira.

Semuanya indah. Ada perkara... mudah dipinta...mudah kita berikan. pun begitu tetap tak mudah hati lupakan.Ya...kita memang namanya manusia. pun gitu, demi kesihatan diri sendiri belajarlah memahami erti sebenar THE POWER of FORGIVING.

Seberat manapun timbangan kesalahan. Biarlah Allah yang jatuhkan hukuman. Biarlah.... belajarlah wahai diri. Untuk memberikan sebenar-benar kemaafan.

Setiap sesuatu melukakan itu, ada Allah titipkan tawa. Pandanglah dengan hikmah.
Pasti ada baiknya. Sebenarnya itu memang yang terbaik. Tetap tenang dan melangkahlah penuh gaya berjaya. langkah maju tuju cahaya.

Maafkan. Maafkan. Maafkan. Maafkan sesiapa sahaja. Maafkanlah....

Tuesday, November 19, 2013

Kenangan Terindah Dalam kehidupan

Salam Ceria!!!!

Tak semua bisa kita bercinta dengan mudahnya.
Tak sesenang itu kita memberikan hati kepada yang lain...
Cinta itu indah, tak terlukis pun..tak terpandang mata halus seni...
tak terjangkau akal fikir...
Bercinta, dicintai dan mencintai...Bahasa jiwa jauh lebih mengerti.
Biarlah tidak disini. Allah jauh lebih tahu.

Pilihan Lagu Jiwang hati hari ini... :)

SAMSONS- Kenangan Terindah

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Monday, November 18, 2013

Assalamualaikum. Hai kawan2. Belek-belek ada Gambo lama-lama. Masa ni dah mula meneroka pemakaian Warna mengikut Warna Bumi setiap Hari.

Selalunya hari Selasa Anies pilih Pepel. Kalo tak Pepel...Pink. today I gabung baju pink kain pepel. Tudung Pink Pepel + Warna2 lain. (so gambo sebelah bukan gambar hari ini ) hihihi..

Warna-warna ni sebenarnya ada membantu memberi getaran kepada diri untuk kekal semangat, bertenaga tinggi. dan beremosi tinggi untuk hari Selasa macam ni. So...kawal diri kalau tetiba macam rasa nak moody aje ye.

Be in Pink and Purple membantu saya dan insan lain yang mungkin sama unsur diri dengan saya untuk kekal dalam keadaan terkawal walau apa situasi yang dihadap.

Now kita sama-sama explore tentang Pink & Purple pada Hari Selasa-
JOMS!!!!




Selasa = Pink /Ungu Suburkan Cinta Kasih dan Emosi
Anda ada pilihan warna untuk digunakan pada Hari Selasa. Aura Pink membantu anda untuk lebih ceria, gembira. Dua warna ini membawa getaran kasih sayang dan tumpuan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing Rasa ceria gembira ini akan membantu anda untuk lebih fokus dalam menjalankan tugasan. Dan Ungu pula membantu untuk meremajakan anda dan membantu anda kelihatan lebih muda dari usia.
-petikan E-book panduan Pilih Pakaian 365 Hari- AniesSuzana
 

Sunday, November 17, 2013

Warna Mengikut Hari. Happy Reading :)



Selepas ni...sama-sama kita fahami... Bagaimana Warna mempengaruhi hari-hari kita setiap hari...

Dalam kehidupan seharian, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, sabtu dan Ahad datang mengikut ulangan. Kitaran ulangan ini dihuraikan lanjut dengan berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu getaran yang mendominasi hari tersebut. Oleh itu, setiap hari yang berulang ini telah menyamai frekuensi getaran warna.

Saturday, November 16, 2013

Aura Warna Ungu!



Seseorang yang pancaran auranya berwarna Ungu, orang tersebut secara alami sangat positif. Mempunyai daya mental yang tinggi, bijaksana dan berfikiran logik. Personaliti Warna Ungu biasanya berhati muda, tulus, jujur dan jika bertindak sesuai dengan pemikirannya. Suka bergerak bebas dan tidak suka dikongkong pergerakannya. Suka melancong dan meneroka dunia baru.
Selalu menunjukkan sifat yang ingin terus berkembang, rajin dan ingin terus memperbaiki diri. Warna aura ungu yang gelap menunjukkan bahwa orang tersebut sedang merasa kesepian.
Warna-warna aura ungu selain dapat berubah warna juga dapat menjadi cerah atau suram bergantung juga kepada karakteristik dan tahap kesihatan anda. Jika anda kurang sihat atau sedang sedih, warnanya akan menjadi kusam. Meditasi, Zikir dan yoga boleh dilakukan untuk mencerahkan aura kembali.