Assalamualaikum. Salam Ceria Sahabat Semua....
Dalam post lepas kita dah ada jadual bagi setiap elemen diri. Ada AIR, API, KAYU, TANAH, BESI.
Kalau orang Air. Bila pakai warna-warna Air. pesonanya 'biasa-biasa' aja. Mahu lebih pesona diri. Pilih warna-warna yang anda kawal.
Harapnya kalian dah berjaya mendapatkan No Elemen diri masing-masing. Ha...soklannya adalah
Apakah warnanya?
Apakah Kitaran mengawal?
Kawan-kawan.
Dalam alam ni ada hukum semulajadi.
Terdapat 5 Elemen atau juga Unsur di atas kan, dalam kitaran semulajadi huraiannya adalah sebegini.:
Api mengawal BESI, sebab bila besi kena api, apa jadi? Terus cair kan.
Besi pula mengawal Kayu, ini kerana dengan ‘Kapak Besi’ Pokok yang besar pun boleh tumbang.
Kayu pula kawal tanah. Dalam kehidupan kita, bila hutan ditebang, pokok makin kurang, maka tragedy tanah runtuh berlaku. Akar mengawal tanah dari runtuh.
Tanah pula kawal Air. Cuba kita lihat dilaut, tetiba ada pula Pulau. Air tak boleh melalui tanah. Kerana itu hukum alam dilihat tanah kawal Air.
Air pula mengawal Api. Api akan terpadam bila disimbah air.
Untuk Tips Warna Mengawal. Pilihan Warna Untuk ANDA adalah Warna Mengikut Elemen Atau Unsur yang Anda kawal di atas... kita lihat sekali lagi. Jadual Aura Warna Unsur Diri ini ya...
NO
|
UNSUR DIRI
|
WARNA
|
1, 6
|
BESI
|
Putih, Kelabu, Gold,
Silver
|
2,7
|
AIR
|
Biru, Hitam
|
3, 8
|
API
|
Merah, Purple, Oren
|
4, 9
|
KAYU
|
Hijau (semua jenis Hijau)
|
5
|
TANAH
|
Coklat, Kuning, Beige
|
Air Kawal Api- Pilihannya adalah warna-warna Api iaitu: Merah- pepel dan Oren ;)
Cer cuba nyatakan apakah warna mengawal bagi diri anda. happy to hear from uolls!
Untuk sebarang pertanyaan klik disini:
http://tinyurl.com/auraanies
Live urlife Vibrantly
-aniessuzana-