Thursday, December 11, 2014

Bila Allah sayang Allah uji Bukan Kepalang

MAK HANG MANA?
ABAH HANG MANA?

Tengahari td, lawat tok di spital.
Tok nak bercrita ttg kejadian kemalangan ni. Kaklong tenangkan.

Tok.
Kaklong xmampu nak jawab soalan tok lagi.

Allah jagakan mak dan abah utk kita.
Tenanglah tok. Kaklong jaga tok ya...

Wednesday, December 10, 2014

Kebun Bunga Mak dan Abah

Hari ke5.
Alhamdulillah. Damailah. Damailah...
Alfatihah utk allahyarham ayahAhamad Bin Mohd Sagap dan Allaharhamah mak Hjh Sahrom binti Othman.

Tenang dan rehatlah...

Subuh sunyi...

Sunyi tanpa suara mak dan abah.
Makmum abah yg lain mesti rindu jg. Kami dari rumah biasanya dapat dengar suara abah mengajar ngaji di surau setiap hari.

Allah maha kaya. Maha mengetahui. Damailah mak dan abah disana.
Amin ya rabbal alamin

Thursday, October 16, 2014

Apa itu kitaran Mengawal?

Assalamualaikum. Salam Ceria Sahabat Semua....


Dalam post lepas kita dah ada jadual bagi setiap elemen diri. Ada AIR, API, KAYU, TANAH, BESI.

Kalau orang Air. Bila pakai warna-warna Air. pesonanya 'biasa-biasa' aja. Mahu lebih pesona diri. Pilih warna-warna yang anda kawal.

Harapnya kalian dah berjaya mendapatkan No Elemen diri masing-masing. Ha...soklannya adalah

Apakah warnanya?

Apakah Kitaran mengawal?


Kawan-kawan.

Dalam alam ni ada hukum semulajadi. 



Terdapat 5 Elemen atau juga Unsur di atas kan, dalam kitaran semulajadi huraiannya adalah sebegini.: 

Api mengawal BESI, sebab bila besi kena api, apa jadi? Terus cair kan.



Besi pula mengawal Kayu, ini kerana dengan ‘Kapak Besi’ Pokok yang besar pun boleh tumbang.



Kayu pula kawal tanah. Dalam kehidupan kita, bila hutan ditebang, pokok makin kurang, maka tragedy tanah runtuh berlaku. Akar mengawal tanah dari runtuh.



Tanah pula kawal Air. Cuba kita lihat dilaut, tetiba ada pula Pulau. Air tak boleh melalui tanah. Kerana itu hukum alam dilihat tanah kawal Air.



Air pula mengawal Api. Api akan terpadam bila disimbah air.







Untuk Tips Warna Mengawal. Pilihan Warna Untuk ANDA adalah Warna Mengikut Elemen Atau Unsur yang Anda kawal di atas... kita lihat sekali lagi. Jadual Aura Warna Unsur Diri ini ya...



NO

UNSUR DIRI

WARNA

1, 6

BESI

Putih, Kelabu, Gold, Silver

2,7

AIR

Biru, Hitam

3, 8

API

Merah, Purple, Oren

4, 9

KAYU

Hijau (semua jenis Hijau)

5

TANAH

Coklat, Kuning, Beige



Air Kawal Api- Pilihannya adalah warna-warna Api iaitu: Merah- pepel dan Oren ;)
Cer cuba nyatakan apakah warna mengawal bagi diri anda. happy to hear from uolls!
Untuk sebarang pertanyaan klik disini:
http://tinyurl.com/auraanies

Live urlife Vibrantly
-aniessuzana-


Tips Pilihan Warna - Kawal Diri Kawal Dunia



Assalamualaikum wbt.

Sahabat semua. Topiknya kali ini adalah- Pilihan Warna Mengawal
Semoga panduan ini membantu kita untuk sentiasa dalam mode terkawal dan mampu mengawal situasi yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.
Awas ya... jangan percaya apa yang saya kongsikan ini. Nak cuba orait. takde hal. then lalui sendiri bagaimana kesannya pada setiap diri yang mencuba.

Mula- mula. Kita boleh saja gunakan pilihan Warna-warna MENGAWAL. Anda perlu mengetahui apakah unsur diri anda terlebih dahulu.
Cara Mengira bagi mendapatkan Unsur diri adalah begini:
Katakanlah Tarikh Lahir Anda: 9 12 20 01. Anda perlu tambahkan sehingga mendapat satu angka sahaja.

9 12 20 01
9 3 2 1
3 3
6


Perhatikan barisan pertama.
0 + 9 = 9
1 + 2 = 3
2 + 0 = 2
0 + 1 = 1

Barisan Kedua:
9 + 3 = 12. 1 + 2= 3
2 + 1 = 3

Barisan Ketiga
3 + 3 = 6
No di kotak akhir itu yang akan menentukan nombor Unsur diri Anda
Ini No 6 Orangnya.- 

Elemennya adalah BESI. 

Sementara anda dapatkan No Elemen diri Anda- Saya sertakan Jadual Aura Warna Diri!
Ini adalah jadual warna bagi setiap elemen.

Selamat Mengira- Colours of Our Life-



NO

UNSUR DIRI

WARNA

1, 6

BESI

Putih, Kelabu, Gold, Silver

2,7

AIR

Biru, Hitam

3, 8

API

Merah, Purple, Oren

4, 9

KAYU

Hijau (semua jenis Hijau)

5

TANAH

Coklat, Kuning, Beige