Tuesday, September 23, 2014

Satu Kelahiran Seorang Puteri

Antara Perlis & Pulau Pinang
Terima Kasih.
Terima kasih anak.
Terima kasih emak.
Terima kasih abang.
Terima kasih abah
Terima kasih emak-emak
Terima kasih ayah-ayah
Terima kasih.... 12 Tahun lalu. hari ini pada masa ini. kita berkejaran ke Hospital Seberang Jaya. Yang ada cuma bawa buku merah saja. Terima kasih nurse pelatih yang potong que utk saya. terus bawa saya masuk jumpa dr. Terima kasih dr kerana terus bawa saya ke Labour Room.
Dah minta nak balik ke Perlis. Kata Dr. kalau esok still tak sakit. boleh balik. malam ni stay kat sini dulu. Sambil senyum!
Dia senyum sedangkan I masa tu kelat beb....


Mahu tak kelat. Bakul baby semua ada kat Perlis nun. Takde sepasang baju baby pun di bawa. Kelat pandang Abg Sham. Acaner? Sebenarnya dari jam 10 pagi sampai 2 petang masih tak diperiksa di labour room tu. Ikut hati nak je melarikan diri. EDD kan lambat lagi. Mak abah dan adik2 yang lain masih di Hotel. Malam ni kan malam penyampaian hadiah. Mak wakil Qariah Negeri Perlis. Sepanjang petang santai atas katil. takde dah sakitnya. Siap gi ngadap misi. Merayu nak balik ke Perlis. Nak balik. Misi pun tak bagi juga. Muka seposen je jalan balik duduk di katil. Menunggu jam 4 petang. barulah adik beradik datang melawat. Semua gelak besar. Orang datang jalan-jalan, kaklong nak beranak bagai. 

Petang tu sempat kirim nak makan Pizza Hut. Malamnya mak datang bawakkan Pizza Hut. Thanks to Abang Sham. Ntah celah mana dia gi belikan set barangan baby. dengan yakinnya rasa boleh bersalin di Hospital Kangar. Sebab semua sakit2 dah hilang. Tak sakit dah.. serious. Cuma Nurse dan Dr je tak nak faham time tu. Dek kekenyangan Pizza. Ketiduran dengan amannya. awal. jam 10 dah lelap.

Tepat tengah Malam.
Tiba2 rasa senak perut sangat. terus gi toilet. Hampa. Tak pula membuang apa-apa. masa ni terdetik hati. Contraction Begin? Dok diam diam atas katil. Sorang-sorang menggelisah. ke kiri ke kanan. kejab ok kejab sakit. masa ni tak faham apa-apa sangat. dalam pkl 2.30 pagi. memang confirm sakit ni tak henti-henti. kejab2 datang balik. jalan la ke kaunter misi. Dari jauh kak misi tu ketawa kecil. Kata dia: 'rasanya anak perlis jadi orang penang dah ni.. tak boleh balik dah gaya ni'

Terus deorang check bukaan- 2 cm. Tenang-tenang kata deorang. gi balik katil. nanti lagi 2 jam datang balik atau sakit makin kerap. angguk-angguk geleng-geleng jadinya. suka pun ya tak suka pun ya. Tidur tak leh. Menikmati ja rasa serangan konstraksi. Masa ni pun dok pesan lagi- anak sampai masa keluar, ummi nak hug ni. Berat badan naik 18Kg dalam masa mengandung. Potential Big Baby. terngiang-ngiang apa yang dr cerita siang tadi. Air ketuban dah kurang. (masa perut 7bulan, ada plak insiden yang tumpah air ketuban) So air ketuban dah tinggal sikit. Baby nak membesar tak boleh sebab ruang dalam perut dah sendat. Besar mana la agaknya kamu anak...

7 Pagi
Masa ni dah high constraction. deorang tolak ke labour room. Orang lain bersalin kat bilik tirai. Anies diletakkan dalam satu bilik khas. Startlah episod di layan dengan sangat mewah. sangat baik. walau kesakitan tinggi. masih tetap senyum. Adik misi yang baikhati tanya- Kak, sakit akak tinggi ni. Akak tak sakit ke? (kan ada mesin check up yang deorang pasang kat perut) Jawab masa ni dalam senyum kelat sakit dah: Akak yang nak dia. Akak nak dia hidup. Nak peluk dia. Sungguh tak ada jeritan. Getap gigi bila sakit sebut kalimah Allah. 

2 Ptg
Sakit masih sama. Bukaan tak cukup juga. Bukan masa untuk push. ditenangkan oleh misi yang sama. Dia usap, dia urutkan, dia gosokkan. habis satu badan. lepas kiri kanan...ulang lagi. hanya llah balas jasa kamu dik. 

4 Ptg
Masa ni dah almost darurat. dengar Pakar kata. Kalau dalam masa 10 minit Anies Suzana tak give birth- Prepare for OT. Masa tu lampu lip lap pun dah dinyalakan. Nak ceacer kat sini jugakkah? dalam sakit gelabah tu sempat lagi mikir macam tu. Datang sorang Senior Nurse. Deorang berdua. Tolak Dr. Dan mereka buat prosedur Shoulder Dystocia tu. Exactly! dalam keadaan panik tu. macam semenet ja semua tu berlaku. Bila baby dah dibantu keluar. Terus dibawa ke NICU. Syukur Ya Rahman. Moga panjang hayat anak. Dan ummi start nak pejam mata. Dari diseluk untuk keluarkan uri....sampailah keluar dari labour room.
ayik kena tepuk manja ja pipi. 

Syukur akhirnya. Allah selamatkan nyawa kami berdua. Dapat senyum lagi lihat dunia. Tq abang Sham. Tq mak Tom, Mak Siah yang jadi penunggu setia kat Spital. Rupanya mak-mak mentua nilah yang gi belikan pakaian dan kelengkapan untuk cucu yang 'terjun' lahir di Pulau Pinang.

Lipat semula kenangan silam. Kita banyakkan ingat kenangan gembira. itu bantu kita untuk selalu bersyukur dan menikmati perasaan bahagia. Semua orang baik. Terima kasih atas segala-galanya.
Terima Kasih anakanda- Nur Anies Ainatul Nadihah Binti Norisham. Buat ummi bangga jadi ummi kamu selamanya. Ummi tahu, pasti abi juga sama. Sampai jumpa lagi next Siri.
Siapa tahu selepas 2 tahun Esok pula melalui aktiviti kelahiran yang sama tapi beza prosedurnya ;)

Sunday, September 21, 2014

Antara 2 Waktu- Hati Bertamu Jejak Tuan

Maghrib to Isya' The Story

Lain dari biasa rasanya hati. Ambil wudhuk, capai Alquran. Melangkah pantas ke Surau. Dengar Imam dah baca Fatihah. 'Mesti rakaat Pertama' desis hati. Lagi laju kaki melangkah. Lepas solat. Pegang semula Al-quran. sesungguhnya ubat hati yang terbaik adalah Al-quran. cumanya... for no reason! Check Anak- OK. Mak abah-OK. Hal kerja- OK. Hal apa pula kelainan rasa hati ni. 



Tak apalah kan, biar apa yang berlaku kita pulangkan semua urusan pada Tuan kita. Tuan sebenar Tuan. Dari sebalik tirai surau dengar abah panggil anak-anak. baca Iqra' sama-sama. Oh bestnya.. teringat zaman kecik2. abah mengajarkan baca quran. tarannum bagai. kalau nak tarannum malam ni. nanti anak tak boleh kosentret ngaji. Nak diam disini ajakah mengaji? sorang2? sedangkan ada tok guru dihadapan. disebalik tirai yang boleh semak betulkan bacaan.


Tak fikir panjang. terus selak tirai. perlahan mengadap abah. duduk bersila sebelah achik dan Iman. aiwah!!! anak pula jadi semangat bila ummi sampai kat sebelah dia. status kitorang sama der..jadi anak murid. Ya Allah. Benar kalamMu ini ubat mujarab hati. Uruskan urusan hati-hati kami. Sebelum solat. macam2 surah nak baca. Yaasin. Nak baca Juzuk Diri. Alih-alih. Mulakan dengan Alif Lam Mim. Mulakan semula bacaan kitab dari mula. Insyaallah, lepas ni nak kenduri khatam Quran sama-sama anakanda. Bila jumpa Naufal semalam dia dah masuk Juzuk 3. sempat lagi ummi kejar ni rasanya.


back to Surau- Ngaji
Satu persatu mukasurat berlalu. makin lama makin kuat suara kami bergema. Anak dengan A I U. Fokus bacaan malam ni...betulkan makhraj dan tajwid. makin asyik sedap membaca. Abah dah sudah dengan anak-anak. Thanks abah. Satu muka akhir...abah hayati bacaan kaklong. debar pulak bila baca kali ini. Baca aja. ada juga sesekali abah tegur bacaan.

Sungguh..masa ni memang tak tahu kenapa. Cuma ikut rasa hati. Ambil Quran dan baca. Subhanallah tenang. kami berhenti tepat saat jam detik surau berbunyi. tanda masuk Isya'.

Sodaqallahaladzhim. tutup bacaan. Allahumarhamna bilquran... 
Selesai Solat Isya' berjemaah. Abahku Imamku juga. Feeling young selalu. belakang abahku ada Imam kecikku kelak. kadang-kadang dia berlari datang kacau ummi. apa ajalah anak. Asal dia belajar sesuatu. 

Melangkah tanpa sepatu di separuh jalan pulang. Nak merasa pijak tanah. Grounding mode. (ini semua mode kembali ke tanah) Masih tertanya diri. Apa agaknya ya yang berlaku Anies Suzana?

Sampai umah, siapkan juadah anak. selesai.
Masuk bilik. susahnya nak lelap. Ini memang ada sesuatu agakan hati. tapi apakah gerangan? apa dan kenapa? Siapa? Tenang ni dari dalam kawan2. bila kita rapat dengan diri sendiri. pasti ada gerak rasa hati kan. lampu dah tutup dibuka kembali. Capai tasbih. Istighfar sampai LELAP MATA.

Dan bangun pagi ini. Alhamdulillah. Punya nyawa. Punya Sihat. Punya Keluarga. Punya kasih dan sayang berpanjangan. Allah juga sebaik-baik penjaga.Moga Allah mudahkan semua urusan kita. Selalu dan selamaNya.

Mulakan dengan senyum ya.

Anies Suzana

Wednesday, September 17, 2014

Diari Bulan September

Diari September
 Dari seorang Anak Perempuan Menjadi Ummiyan

12 tahun yang lalu. saat ini tengah sarat mengandungkan kakak.
Mak. kaklong mintak ampun maaf. Abah pun sama. juta-juta maaf. Bila sampai masa, masing2 akan merasakannya. Saat kecil, membesar jadi remaja. Bercinta. Dunia milik kami berdua. Indah sangat. Rasanya kalau nak suruh buatkan peta, pasti semua jalan dah kami ronda lalu berdua sama-sama.

Bila kita nikah, dapat anak pertama. semua perkara kita kongsikan dengan Suami. Dialah segala-galanya. Tak nampak sangat kasih mak dan abah. ( am sharing what happend to me). Jadi orang besar lah sangat. Bila pandang sekarang nampak sangat mak dan abah damba kasih anak selama-lamanya. Lahirkan kakak. Tergamam sejuruih. Subhanallah. Am done with Shoulder Dystocia Prosedure.

Hape benda alah tu. korang boleh goole cari kat Youtube. Macam tu exactly rapinya prosedur itu dijalankan. dalam masa 5 minit. antara hidup dan mati anak dan ibu. Selepas kakak berjaya dibantu keluar melihat dunia. xde bunyi. kakak dibawa terus ke NICU. dan ummi masih punya satu prosedur. Uri Sangkut. Bleeding pula. Tumpah darah lagi. terima kasih Dr Pelatih, Dr Perubatan dan Dr Pakar yang uruskan diri saya. tak terlupa, sorang nurse pelatih yang tolong gosokkan seluruh badan saat lalu tempoh kelahiran anak kakak ini.
24 September 2002. Jam 4.13 petang. lahir puteri pertama utk Hospital pada hari ini.

Di papan tanda luar, dah tanda pada nama- / (dah lahirkan) tapi takda siapa pun bagitau kondisi ibu dan anak. Silent untuk beberapa jam. Mesti Abi Sham sangat risau masa tu. Terima kasih Mak Siah. Mak Tom. The best jagaan Mak Mentua di Hospital Seberang Jaya. 3 hari 3 Malam la mak-mak ni berkampung di spital. Mak abah sendiri pun sama. Semua orang excited tunggu cucu sulung pertama.

Dalam Labour room. ada seorang nurse yang khas baikhati jaga dan temankan. tepuk pipi bila anies hampir terlelap. berikan minum milo. ajak bersembang. bila tanya tentang anak. DIAM. takde bunyi pun. dia cuma senyum.

Sampai masa hampir 4 jam selepas melahirkan kakak. dah stabil. syukur, tak perlu darah tambahan. keluar dan dibawa ke wad selepas bersalin. Semalaman tertanya. Macamana keadaan anak? tak ada siapa yang punya jawapan. Hanya Ibu dan Ayah boleh lawat anak dalam NICU. abi dah tengok... dan ummi too week utk lihat kakak.

25 hb September 2002
7.00 pagi.
Hati meronta nak tengok anak. Turun katil. Tumpah darah. mau nak pitam sekejab kat situ. Abi Sham pula ada kat luar. Tq kakak cleaner yang tolong papah ke toilet. tolong cucikan. banyaknya penolong Allah hantar. Siap tukar kain bagai. Melangkah perlahan-lahan ke NICU.

Jalan-jalan dan jalan. sampai berhenti depan satu baby besar. putih macam anak Jepun. Bulat. Seorang Dr lalu. Terus tanyakan dia: Where is baby of Anies Suzana. Dr tu senyum dan jawab: Just in front of U mdm.
First time nampak kakak. Dalam balang kaca. ada lampu biru, ada dua lubang ja balang tu.

dr ceritakan sejarah anak. Dr ceritakan survival anak tinggi. Paru-parunya lemah. (dia lahir umur 8 bulan)
tapi beratnya 3.59Kg. dr ceritakan prosedur utk selamatkan anak. itu ini begitu begini. Masa ni rasa lemah dan sakit terus hilang. dari lubang tu...bisik kat dia. assalamualaikum anak. cepat sihat. ummi nak peluk kuat-kuat.

kemudian. keluar wad NICU baru nampak abi Sham datang. kami jalan sama2 pegi cari Mak Tom dan Mak Siah. Ingat lagi kena berleter sebab banyak jalan. so.. baliklah ke pembaringan. Tengahari pegi lagi tengok anak kakak. This time anak dah ada dalam balang yang half tu. Dr kata, dia cepat pulih. petangnya. dia dah ada kat tempat baringan baby biasa yang lahir tak cukup bulan. tidak lagi mencemaskan. pun begitu, bahunya dipatahkan semasa nak keluarkan dia. Insaf diri. First time nampak mak. terus peluk mak dan tak lupa seumur hidup ayat ni: Sumpah Demi Allah. Kalau kaklong tahu macam ni rasanya mak lahirkan kaklong dulu. setitik airmata mak pun kaklong tak bagi jatuh. sebak sangat...

Patah Bahu.
sebab bahu baby patah, dr bagitau utk kami kena stay at least 2 minggu. erm alahai...
request tukar hospital. Dari Seberang Jaya balik ke Kangar, Perlis. Petang tu juga discaj hospital Seberang jaya. balik ke Perlis. Yea yea!

Day 3.
8.30 pagi. Kena marah pula dengan misi di Hospital kangar sebab naik welcha. Dia ingat dah sebulan bersalin. Baby kakak Chubby sangat. Sipu2 dia bila bagitau dan tunjuk surat baru melahirkan 3 hari.

Masa-masa lalu sangat indah. 9 bulan dia dah pandai bercakap dan berjalan SERENTAK.
2014
Nur Anies Ainatul Nadihah Binti Norisham. dah jadi seorang srikandi. moga membesar jadi bunga agama ya anak. Habiskan dengan Hafizah dan teruskan dengan Alimah. selepas ini jadi masturah...giatlah dalam dakwah. kamu adalah amanah Allah. Moga Allah sayang selalu anak.

24 September 2014. Teruja pula nak bawa kamu ke pejabat Pendaftaran buatkan Kad Pengenalan.
Abi mungkin sampai lewat sikit. tak apalah, Insyaallah. kita punya masa untuk raikan hari kelahiran kamu kelak.

haaa... satu pengalaman indah bila melahirkan. dari seorang anak kemudian memiliki anak. Syukur pada Allah. Hidup ini benar-benar indah.

nanti saya sambung ya... 2 tahun kemudian. kakak dapat hadiah hari lahir! Seorang adik lelaki pada 25 September 2004.