Tuesday, March 22, 2011

anakku PERMATA NEGARA...

Bercinta, berkahwin, melayari bahtera hidup. dengan izin Allah di anugerahkanNya kita zuriat. Anakku Permata Negara. Mengasuh dan mendidik, mendorong mereka dengan pengetahuan dan sesuai dengan umur mereka... Insyaallah. Inilah pewaris berkualiti dalam negara nanti.

PERMATA, banyak yang diperkatakan dengan inisiatif Datin Paduka Seri Rosmah mansor ini. Biar apapun bunyi bunyi sumbang yang kuat kedengaran di luar sana. Sebagai ibu muda. Terima kasih Datin Paduka Seri Rosmah, terima kasih tiada harga nilainya. mendidik kami semua yang terpilih untuk sama-sama menyelusuri Konsep PERMATA.

Seawal dari dalam rahim, anak telah berkembang. ya, ini fakta yang semua orang tahu. tapi jasad fizikalnya sahajakah? atau apa lagi yang boleh kita kaitkan? katanya boleh diransang perkembangan anak ini. sememangnya boleh. tapi tahukah kita sebagai parent muda untuk mengenalpasti ransangan yang sepatutnya? apa yang perlu dibuat? betulkah perlakuan kita benar2 meransang perkembangan fetus, bayi ini?

kita telah lama hidup dalam paten kehidupan yang sama, maka hasilnya semakin lama keadaan tetap berlaku sedemikian malah makin membimbangkan. kita penuh bangga dengan pencapaian akademik anak2 semasa. dalam masa yang sama, kita juga terbelengu dengan peningkatan jumlah gejala sosial yang bermaharajalela. anak kita yang bijak masa persekolahan ini kenapa tak mampu menilai dan aplikasi semua pembelajarannya?

Membina bangunan memang mudah, cukup besi, bata, batu..ada tenaga kerjanya. nah..selepas seketika akan terlihatlah hasilnya. Tapi perkembangan anak dalam Konsep PERMATA ini, hasilnya kita perlu sabar. kita bukan membina menara berkembar, kita tak lagi membina Pusat Dagangan PWTC, PICC..KLCC dan bermacam-macam lagi.

PERMATA membina generasi berkualiti. Hasilnya adalah nun jauh bertahun lagi. saat anak-anak ini dapat meneroka, mengkaji dan mengalami proses pembelajaran yang tepat. insyaallah, mereka akan membesar dengan paten kehidupan yang lebih baik.

Tuesday, March 8, 2011

pagi ni..hari ni..tika ini...

lewat tidur semalam, banyak perkara bermain dalam ingatan...macam tayangan playback kehidupan diri. tapi mungkin kerana sistem penggera badan masih berfungsi. tepat 5.30 pagi dah terjaga. tapi nak bangun tu...biaserler....amik masa sampai sejam..

bersih diri, get ready mengadap Ilahi. sesungguhnya ku panjatkan kesyukuranku padamu Allah S.W.T. atas kurniaan nyawa ini. Inna Solati, Wa Nusuki, Wa Mahyaya, Wa Mamati, Lillahi Taala...

Tatkala diri leka membaca ayat-ayat suci Al-quran...sambil mengenang kembali. Ya satu masa dulu. Surah-Surah ini sudah melekat di dada. Nadhah Hasanah, sekolah agama rakyat. Pondok Tuan Guru Tajudin..mmm lama dah masa tu berlalu... tiba- tiba pagi ni, helaian Al-quran, surah-surah hafalan wajib, kenangan bersama kawan rakan tertayang di mata hati.

Lancar bibir, lidah fasih kerana satu masa dulu, sudah terpahat ayat ini dalam dada. Subhanallah. Walau lama tak di baca...akal kurniaan Allah sangat hebat.

Dimana agaknya Afaf ( anak Ust Hashim), Manja, Murniyati...Shakirah... teringin hati nak jumpa kalian. Yang kembar tu sapa namanya erk? ada ka..atau koleksi Novel Kembaq rekaan kita semua?

Sek Men Agama Nadhahtul Hasanah. Dua tahun, perkataan mula yang membuatkan aku mula sukakan Bahasa Arab "Samakatun" maknanya bukan sama kartun...tapi Ikan..hehehe
dan akhirnya, kecintaan aku kepada bahasa arab sehingga hari ni dengan satu sebab yang sama. Luggatul arabiyyah hiya lugghatul quran. bahasa arab- memudahkan aku menghayati bait2 kata doa, munajat pada Ilahi.

anies dah habis training utk malam niii

SsSSSSSS.... GUNA HANDPHONE NI...SEKALI DIA NAIK HURUF BESAR DAH.... KENA BALIK BEREHAT. ESOK BIG BOOSS NAK MAI TGK PERFORMANCE....PHEWWWW....

Monday, March 7, 2011

Sedapnya halwa telinga tengahari ni...

pie oh pie... tq DENGARKAN YANG TERBAAAEEK daRi Ladang.... KINI gEmilang itu hampir pasti ku gengGam.....

second die hard day...

salam ceria. hati dalam sapa   tau, nampak luar segak berseri...tp takpe, kite pilih kan... jom vokal oouttt...satu impiaan...KU TEGUH BERDIRI, TIADA LAGI RAGU ATAU GENTAR, KU TERUS BERANI, MELANGKAH MAJU TERUS KEHADAPAN, SATU IMPIAN NYAWAKU PERTARUHKAN... 

gundah lagi?....

keeja, kena buat, kursus kena attend, anak kena jga, suami- need to handle with care, study kena perform. Kena bijak main peranan, tapi badan penat. Penglipur lara jiwa, penyembuh pun dah expired. Tinggallah diri, mengumpul semangat saki baki yang ada, utk terus langkah laku jalan hidup. Sepi dalam hati, mencari sesuatu yang pernah muncul tapi hilang kembali. Kisah lama sama saja jalannya. Kisah baru perlukan tindakan berat. Mudahkan utk berubah. Tapi tak semudah itu, dpt direalisasikan perubahan. Woopppss... Umah kena tinggal, anak2 pun tinggal juge...huwaa... Biar apapun keadaannya. Anda juga mungkin sama. Tapi terus percaya janji Allah itu benar. Ada khabar gembira selepas kita diujiNya.